Tuesday, October 26, 2010

NABI MUHAMMAD DI DALAM AJARAN-AJARAN AGAMA DAN BUKTI ISLAM ADALAH ASAL SEMUA AGAMA

1- Bukti Kerasulan Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Muhammad di dalam Vedas dan Purana

Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu

1.Narashangsa (yang terpuji),

2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),

3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)

4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).

NARASHANGSA

Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsa bermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;

+ Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)

+ Sama Veda (mantra nombor 1349)

+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)

+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)

Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:

+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)

-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)

+”He will have twelve wives”

-(Dia mempunyai 12 orang isteri)

+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”

-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)

+”He will receive a gift of ten thousand coes”

-(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)

PENJELASAN

Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.

Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.

Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.

Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.

Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

KALKI AVATAR

Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’. Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:

+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’. (Kalki Purana 2:5)

-(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)

+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)

-(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)

+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)

+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)

-(Bapanya bernama Vishnu-Yash)

+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)

-(Ibunya bernama Sumati)

Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’. Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.

Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud iaitu:

+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan

+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang

+ Tempat yang berhampiran dengan air

Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingi patung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.

Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.

Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumati bermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.

AHAMIDDHI

Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:

+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)

+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)

+Rig Veda (8:6:10)

+Atharva Veda (20:9:19)

Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnya Sri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!

MAMAHA

Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Atharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishi seperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:

+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)

+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)

+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)

Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang bagi menceritakan kebenaran ini walaupun saya tahu ia tidak digemari oleh sesetengah pihak.

2- Bukti Kerasulan Muhammad di dalam agama Buddha
Buddha dan Maitreya

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ’seorang yang bijaksana’ atau ’dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ’nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud ’yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ’nabi yang terakhir’. Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Di dalam Gospel Of Buddha oleh Caurus pada halaman 217 disebutkan, ”Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA”.

Dalam terjemahan inggeris bermaksud, ”O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be Maitreya”.

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan akhir zaman yang dikenali sebagai Maitreya ini.

1• Beliau adalah seorang manusia
2• Beliau mempunyai peribadi yang mulia
3• Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia
4• Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua
5• Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok tertentu.
6• Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
7• Beliau adalah Maitreya.

(1) Nabi Muhammad adalah manusia biasa. Berpandukan kata-kata Allah dalam surah al-kahfi, ayat 110 yang bermaksud ”katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa”.

(2) Peribadi Nabi Muhammad adalah mulia sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 yang bermaksud. ”Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad, benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. Allah menyatakan dalam surah al-ahzab ayat 21 yang bermaksud, ”Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu”.

(3) Nabi Muhammad adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada beliau tanpa berbelah bahagi. Allah menyatakan dalam surah an-Nisa, ayat 90 yang bermaksud, ”Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah”.

Sehubungan dengan ini, Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, ”Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan…Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul”.

(4) Nabi Muhammad adalah seorang pembimbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 164 yang bermaksud. ”Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah”.

(5) Nabi Muhammad diutus kepada seluruh manusia. Allah menyatakan dalam surah as-sabak ayat 28 yang bermaksud, ”Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya”.

(6) Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah risalah yang lengkap dan sempurna. Allah menyatakan dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud, ”Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat-Ku.“

(7) Utusan akhir zaman akan kembali dikenali sebagai Maitreya, Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau ’Pembawa Rahmat’. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures. Semua ini selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sepertu yang disebutkan di dalam Quran, surah al-anbiyak ayat 107 yang bermaksud, ”Tidak kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam”.

Thursday, October 21, 2010

KHURAFAT...MANA HARUSSANI..MINTA DR. ASRI KOMEN






Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Antara adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

Gambar diatas menunjukkan seorang pemimpin Perak turut terlibat.

CALENDER