Friday, July 3, 2009

Fathi Yakan : “A Man After My Own Heart was Osama Bin Laden”


A Man After My Own Heart”… Ia bukan ayat penulis, ia adalah ayat Fathi Yakan apabila di tanya oleh wartawan FrontPageMag.com berkenaan dengan musuh no 1 Amerika dan dunia barat, Osama Bin Laden. Ia bagi mengulas hubungannya dengan Dr. Fathi Yakan. Itulah keberaniannya, tidak ramai pemimpin negara Islam yang sanggup mengaku hubungan dengan musuh No. 1 Amerika.
Itulah gambaran hubungannya dunia Islam dengan Fathi Yakan. Siapa yang tidak ditemuinya, Amerika Syarikat yang mempunyai segala kelengkapan canggih tidak mampu menemui Osama Bin Laden, tapi bagi Dr. Fathi Yakan ia rakan yang biasa ditemuinya. (Klik di sini)

Pemergiannya suatu kehilangan yang amat besar khususnya di Lubnan. Beliau adalah antara pengasas gerakan Islam di Lubnan, pernah menjawat Jawatan Setiausaha Jamaat Islam Fil Lubenan, ahli parlimen Lubnan (1996) dan merupakan “nakib” usrah dan gerakan dakwah seluruh dunia Islam.

Beliau telah menulis pelbagai buku melebihi 35 buah buku yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Bukunya yang paling dikenali “Mengapa Saya Menganut Islam” atau dalam versi arabicnya ‘Maza Yakni Intima’i Lil Islam’ menjadi silibus asas mana-mana gerakan Islam samada di Kaherah hinggalah ke Malaysia. Bahasanya mudah difahami, lancar di lidah dan lancar di minda.

Dialah yang menegur pada para pendokong gerakan Islamiyyah melalui bukunya “Golongan yg tercicir di jalan dakwah” atau ‘Almutasaqitun ‘ala toriqidda’wah’. Buku ini begitu dalam maknanya kepada penulis.

No comments:

CALENDER