Monday, August 9, 2010

Perbahasan Kenduri Arwah..Buat Pencari Kebenaran.


Di dalam kitab Tuhfatul ahwazi :
وقال ابن الهمام : ويستحب لجيران أهل الميت والأقرباء الأباعد تهيئة طعام يشبعهم يومهم
وليلتهم لقوله صلى الله عليه وسلم : " اصنعوا لأهل جعفر طعاما ، وقال يكره اتخاذ الضيافة من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة انتهى " . وقال القاري : واصطناع أهل البيت الطعام لأجل اجتماع الناس عليه بدعة مكروهة بل صح عن جرير رضي الله عنه كنا نعده من النياحة وهو ظاهر في التحريم انتهى . قلت : حديث جرير رضي الله عنه أخرجه أحمد وابن ماجه بلفظ : قال كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة انتهى . وإسناده صحيح .
فإن قلت : حديث جرير هذا مخالف لحديث عاصم بن كليب الذي رواه أبو داود في سننه بسند صحيح عنه عن أبيه عن رجل من الأنصار قال : خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر:"أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه " فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه ، فجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا الحديث . رواه أبو داود والبيهقي في دلائل النبوة هكذا في المشكاة في باب المعجزات . فقوله : فلما رجع استقبله داعي امرأته . . . إلخ ، نص صريح في أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أجاب دعوة أهل البيت واجتمع هو وأصحابه بعد دفنه وأكلوا ، فإن الضمير المجرور في امرأته راجع إلى ذلك الميت الذي خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازته ، فما التوفيق بين هذين الحديثين المختلفين ؟
قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير وهو ليس بصحيح بل الصحيح داعي امرأة بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : داعي امرأة بغير الإضافة . قال في عون المعبود : داعي امرأة كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة انتهى . وروى هذا الحديث الإمام أحمد في مسنده ص 293 ج 5 وقد وقع فيه أيضا : داعي امرأة بغير الإضافة بل زاد فيه بعد داعي امرأة لفظ : من قريش ، فلما ثبت أن الصحيح في حديث عاصم بن كليب هذا لفظ : داعي امرأة بغير إضافة امرأة إلى الضمير ، ظهر أن حديث جرير المذكور ليس بمخالف لحديث عاصم بن كليب هذا فتفكر . هذا ما عندي والله تعالى أعلم .

Seperti biasa saya didatangi kawan-kawan untuk bertanya masalah dan kebuntuan yang dihadapi.Pada satu petang kawan saya datang untuk bertanya tentang kesamaran jawapan tentang masalah kenduri arwah yang diperbahaskan hangat dalam blog2 dan masyarakat sekarang.Saya pada awalnya tidak berminat untuk mengupas masalah ini.Apabila saya membaca jawapan menyokong kenduri arwah, saya rasa berminat untuk memberi penjelasan ilmiyah kerana pada saya, apa yang diutarakan tidak tepat.Pada saya mereka yang belajar ilmu hadis secara riwayah dan dirayah sahaja yang memahami kupasan masalah ini secara tepat.Adapun mereka yang belajar hadis melalui pembacaan, tidak akan memahami ilmu hadis dengan tepat kerana banyak lagi asas2 ilmu hadis yang merangkumi ilmu riwayah dan dirayah yang perlu dipelajari untuk mengetahui hadis itu sahih status hujjah. Keduanya sebenarnya mereka adalah golongan yang "kalah dengan arus masyarakat" dan tidak berpegang dengan manhaj Salafus Soleh yang berpegang dengan dalil.

Secara ringkas sesuatu hadis dihukum sahih apabila ditinjau pada 4 sudut bukan pada sanadnya sahaja :

1-Pada sanad- pastikan semua perawinya bertepatan dengan syarat sahih.

2-Pada matan-Pastikan semua syarat2 matan itu sahih seperti tidak bercanggah dengan dalil qatie.

3-Pada Mukharrij-Siapakah yang mengeluarkan hadis itu dan menghukum hadis itu sahih.Ulamak Hadis ada 3 ketogori :

1)- Mutashaddidin ( متشددين )-tidak boleh terima kecuali selepas diteliti sebab2nya berdasarkan qaedah لا يقبل الجرح إلا مفسرا )

2)-Mu’tadilin (معتدلين )-Boleh diterima riwayatnya.

3)-Mutasahilin ( متساهلين )-Tidak boleh diterima riwayatnya apabila ditolak oleh ulamak2 hadis yang lain atau melihat kepada setakat manakah ulama lain mentashihkan hadis itu.

4)-Kitab hadis pula ada 4 peringkat :

i-Tahap Tawatur – Bukhari, Muslim, Muwatta’ Malik.

ii-Tahap Mustafid-Tarmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah.

iii-Masanid, Jawami’,Musannafat-Musnad Abi Ali, Musannaf Abdul Razak, Musannaf Abi Bakar Bin Abi Syaibah,Musnad Abd Bin Humaid, Musnad At-Tayalisi, Kitab2 Baihaqi, Kitab2 Tohawi, Kitab2 Tabrani.

v-Kitab himpunan hadis yang tidak ada dalam tahap pertama dan kedua-Ad-Duafa’ libni Hibban, Kamil ibnu Adi, Kitab2 Khatib, Kitab2 Abi Naim, Juzqanu, Ibnu Asakir,Ibnu Najjar, Ad-Dailami, Al-Khawarzimi,

iv-Kitab yang Masyhur disisi Fuqaha, Ulama Sufi dan Ahli Sejarah.Tidak ada asal dalam kitab 4 tahap diatas.

-Tahap pertama dan kedua-Dalil kepada Muhaddisin dan Fuqaha' didalam mengupas masalah agama.Hadis ini boleh diterima sebagai dalil.

-Tahap ketiga-Dalil kepada Tokoh2 Muhaddisin yang pakar sahaja.Hadis ini tidak boleh diterima oleh orang lain sebagai dalil.

-Tahap keempat dan kelima-Tidak boleh dijadikan dalil.Kebiasaan hadis2 ini dijadikan dalil oleh puak2 Bid’ah dan puak2 pelampau agama (lihat Hujjatullah Albalighah-Ad-Dahlawi)

*Penjelasan Makna “GHAIRU MAHFUZ” Hadis dalil kenduri arwah

1-Hadis Mahfuz (Abu Daud & Baihaqi)

سنن أبى داود – (ج 10 / ص 101)

دَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ أَخْبَرَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ أَخْبَرَنَا عَاصِمُ بْنُ كُلَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى جَنَازَةٍ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ عَلَى الْقَبْرِ يُوصِى الْحَافِرَ « أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رِجْلَيْهِ أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ ». فَلَمَّا رَجَعَ اسْتَقْبَلَهُ دَاعِىَ امْرَأَةٍ فَجَاءَ وَجِىءَ بِالطَّعَامِ فَوَضَعَ يَدَهُ ثُمَّ وَضَعَ الْقَوْمُ فَأَكَلُوا فَنَظَرَ آبَاؤُنَا رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَلُوكُ لُقْمَةً فِى فَمِهِ ثُمَّ قَالَ « أَجِدُ لَحْمَ شَاةٍ أُخِذَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ أَهْلِهَا ». فَأَرْسَلَتِ الْمَرْأَةُ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى أَرْسَلْتُ إِلَى الْبَقِيعِ يَشْتَرِى لِى شَاةً فَلَمْ أَجِدْ فَأَرْسَلْتُ إِلَى جَارٍ لِى قَدِ اشْتَرَى شَاةً أَنْ أَرْسِلْ إِلَىَّ بِهَا بِثَمَنِهَا فَلَمْ يُوجَدْ فَأَرْسَلْتُ إِلَى امْرَأَتِهِ فَأَرْسَلَتْ إِلَىَّ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَطْعِمِيهِ الأَسَارَى ».

2-Hadis Ghairu Mahfuz ( Misykat Masabih)

مشكاة المصابيح – (ج 3 / ص 292)

وعنوعن

عاصم بن كليب عن أبيه عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر يقول : ” أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه ” فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا فنظرنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك لقمة في فمه ثم قال أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها فأرسلت المرأة تقول يا رسول الله إني أرسلت إلى النقيع وهو موضع يباع فيه الغنم ليشترى لي شاة فلم توجد فأرسلت إلى جار لي قد اشترى شاة أن أرسل إلي بها بثمنها فلم يوجد فأرسلت إلى امرأته فأرسلت إلي بها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” أطعمي هذا الطعام الأسرى “

رواه أبو داود والبيهقي في دلائل النبوة

Hadis ini telah diulas oleh ulamak dengan bahawa hadis ini “Ghairu Mahfuz”sedangkan hadis ini telah dihukum sahih oleh Albani dan ulamak2 lain dan hadis ini tidak dihukum oleh abu Daud sebagai “Ghairu Mahfuz”

Penjelasan-
1-Bukan kritikan pada sanad dan perawi hadis.Hadis ini diterima kerana pada sanadnya sahih, tetapi dikritik pada matan hadis ini.Hadis diatas diriwayat oleh Abu Daud dalam sunannya dan Baihaqi dalam kitab Dalail Nubuwwah dengan lafaz yang sama.Hadis ini juga disebut dalam kitab Mishkat Masabih, disandarkan kepada riwayat Baihaqi didalam Dalail Nubuwwah dengan lafaz yang berbeza sedikit, tak sama iaitu lafaz “داعي امرأته “ Iaitu dengan lafaz makrifah, sedangkan dalam riwayat Abu Daud dan Baihaqi dalam kitab asal dengan lafaz “ داعي امرأة “ dengan lafaz nakirah, sedangkan kitab Mishkat kitab sedutan bukan kitab asal.Apabila berbeza lafaz hadis diantara hadis dalam kitab asal (kitab Abu Daud & Dalail Nubuwwah) dengan hadis dalam kitab sedutan ( Mishkat ) maka hadis dalam kitab Misykat dikatakan “Ghairu Mahfuz “ dan hadis dalam kitab Abu Daud & Dalail Nubuwah sebagai “Mahfuz”


2-Makna hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi, bukan isteri si mati yang menjemput Nabi dan sahabat makan dirumahnya, tetapi orang lain yang menjemput makan tak ada kena mengena dengan si mati, ini bertepatan dengan makna dirayah hadis iaitu:

i-Lafaz hadis Mahfuz disebut dengan lafaz nakirah bukan makrifah yang tidak menentukan sesiapa.

ii-Makna ini dikuatkan oleh riwayat lain seperti dalam Riwayat Abu Daud dan hadis Jarir. Hadis ini ditashih oleh Albani dan Nawawi. Maknanya tidak ada percanggahan diantara hadis di atas dengan Riwayat Abu Daud hadis Jarir.

سنن أبى داود – (ج 9 / ص 310)

اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ ».

مسند أحمد – (ج 15 / ص 113)

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِىِّ قَالَ كُنَّا نَعُدُّ الاِجْتِمَاعَ إِلَى أهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ. تحفة 3230 معتلى 2113 ل

iii-Sepakat Muhaddisin dan Fuqaha' termasuk Mazhab Syafie dan semua mazhab disepanjang zaman bahawa sunnah Nabi ialah orang lain memberi makan kepada keluarga simati, bukan si mati yang memberi makan kepada orang lain.

3-Jawapan kepada penjelasan Syekh Muhammad Shamsul Haq Al-Azim dalam Aunul Ma’bud jemputan itu dari isteri si mati sebagaimana ditegaskan oleh Mulla Ali Al-Qari perlu diteliti.Penjelasan ini sebenarnya bersandarkan kepada hadis dalam kitab Mishkat yang disyarah oleh Mulla Ali Qari dalam kitabnya “ Mirqat Mafatih” sebagaimana kita jelaskan bahawa hadis dalam kitab Mishkat itu “ Ghairu Mahfuz”lafaznya.Oleh itu penjelasan Mulla Ali Qari dan sesiapa yang menyokongnya tidak boleh dipakai kerana berdasarkan hadis “ Ghairu Mahfuz”.Perlu difahami kita menerima pendapat ulama berdasarkan fakta dan kaedah, bukan taqlid buta.

Hadis Pacak pelepah tamar adalah khusus kepada Nabi Saw sahaja.


صحيح البخاري – (ج 1 / ص 88)

حدثنا محمد بن المثنى قال حدثنا محمد بن خازم قال حدثنا الأعمش عن مجاهد عن طاوس عن ابن عباس قال

: مر النبي صلى الله عليه و سلم بقبرين فقال ( إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير أما أحدهما فكان لا يستتر من البول وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة ) . ثم أخذ جريدة رطبة فشقها نصفين فغرز في كل قبر واحدة . قالوا يا رسول الله لم فعلت هذا ؟ قال ( لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا )

قال ابن المثنى وحدثنا وكيع قال حدثنا الأعمش قال سمعت مجاهدا مثله ( يستتر من بوله )

Hadis ini khusus kepada Nabi sahaja, tidak kepada umat, walaupun ulama khilaf.Pemahaman Hadis mestilah berdasarkan kepada kaedah bukan semata-mata pendapat ulamak.Pendapat yang bertepatan dengan kaedah diterima pakai.Hadis ini khusus kepada Nabi berdasarkan kepada beberapa faktor :

1-Hadis ini bercanggah dengan umum makna Al-Quran.

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 78)

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (44)

KRITIKAN : Bukan yang hidup sahaja yang bertasbih....

Kenyataan yang menyatakan benda yang hidup sahaja bertasbih adalah bercanggah dengan Al-Qur’an yang menjelaskan guruh juga bertasbih dan batu juga bergolek jatuh kerana takut kepada Allah s.w.t :

تفسير ابن كثير – (ج 4 / ص 441)

{ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ } كما قال تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } [الإسراء: 44].

وقال الإمام أحمد: حدثنا يزيد، حدثنا إبراهيم بن سعد، أخبرني أبي قال: كنت جالسًا إلى جنب حُمَيْد بن عبد الرحمن في المسجد، فمر شيخ من بني غفار، فأرسل إليه حميد، فلما أقبل قال: يا ابن أخي، وسع (1) له فيما بيني وبينك، فإنه قد صحب رسول الله صلى الله عليه وسلم. فجاء حتى جلس فيما بيني وبينه، فقال له حميد: ما الحديث الذي حدثتني عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال الشيخ: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “إن الله ينشئ السحاب، فينطق أحسن النطق، ويضحك أحسن الضحك” (2) .

والمراد -والله أعلم -أن نطقَها الرعدُ، وضحكها البرقُ.

- تفسير ابن كثير – (ج 1 / ص 304)

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74)

-Bercanggah dengan hadis sohih yang menjelaskan makanan dan batu juga bertasbih :

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 79)

قوله: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } أي: وما من شيء من المخلوقات إلا يسبح بحمد الله (4) { وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ } أي: لا تفقهون تسبيحهم أيها الناس؛ لأنها بخلاف لغتكم. وهذا عام في الحيوانات (5) والنبات والجماد، وهذا أشهر القولين، كما ثبت في صحيح البخاري، عن ابن مسعود أنه قال: كنا نسمع تسبيح الطعام وهو يُؤكل (6) .

وفي حديث أبي ذر: أن النبي (7) صلى الله عليه وسلم أخذ في يده حصيات، فسمع لهن تسبيح كحنين النحل، وكذا يد أبي بكر وعمر وعثمان، رضي الله عنهم [أجمعين] (8) ، وهو حديث مشهور في المسانيد (9) .

-Bercanggah dengan pendapat salaf bahawa pintu, air dan tiang juga bertasbih :

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 80)

وقال عكرمة في قوله تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } قال: الأسطوانة تسبح، والشجرة تسبح (10) -الأسطوانة: السارية.

وقال بعض السلف: إن صرير الباب تسبيحه، وخرير الماء تسبيحه، قال الله تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ }

وقال سفيان الثوري، عن منصور، عن إبراهيم قال: الطعام يسبح.

Kalau semua benda bertasbih, kenapa Nabi pacak pelepah tamar?.Persoalan : Apa makna pelepah tamar ini bertasbih selama mana ia basah ?Inilah makna khusus kepada Nabi selama mana basah berkat tangan Nabi.

2-Tidak ada riwayat yang menunjukkan Nabi melakukan kepada kubur2 lain kecuali satu dua kubur sahaja.

3-Tidak ada riwayat bahawa sahabat memacak pelepah tamar dikubur apabila berlaku kematian.

4-Ada riwayat bahawa Nabi letak batu diatas kubur Uthman b. Maz’un dan anaknya Ibrahim sebagai tanda sahaja, bukan pelepah tamar.

5-Tidak ada Fuqaha (mazhab Syafie khususnya) istimbat sunat pacak pelepah tamar diatas kubur selepas kebumi jenazah berdasar hadis ini.

GEMAR KEPADA KHILAF ADALAH PENYAKIT, GEMAR KEPADA SUNNAH ADALAH UBAT

Nabi sendiri telah mengingatkat bahawa khilaf merupakan penyakit dan Sunnah adalah ubat.Tugas pendakwah berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan umat kepada Sunnah, bukan membawa umat supaya mengikut khilaf, sekalipun khilaf itu lahir daripada Fuqaha, sabda Nabi s.a.w

سنن الترمذى – (ج 10 / ص 194)

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلاَلَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

-Khilaf ada dua jenis :

1-Khilaf Fuqaha’ mutaqaddimin dikalangan sahabat, Tabien, Tabie Tabien,Imam2 Mujtahid yang muktabar, yang mana khilaf itu bersih dari unsur taashub mazhab, unsur metode madrasah2 pemikiran seperti sufiyah, As-Syaariyah, Salafiyah, Falsafah, bersih dari unsur taqlid yang melampau-Khilaf ini muktabar terutama khilaf yang berlegar dalam skop :

i-Khilaf dalam memahami nas dan cara istidlal.

ii-Khilaf untuk memenuhi kepentingan umum kepada umat.

iii-Khilaf dalam memberi kemudahan kepada umat untuk berpegang kepada ajaran agama.

2-Khilaf Fuqaha muta’akhirin dikalangan pengikut2 mazhab yang diwarnai dengan pengaruh unsur taashub mazhab, pengaruh metode madrasah2 pemikiran, pengaruh sufiyah, Falsafah dan Taqlid yang melampau yang mana khilaf ini telah membuka ruang kepada keruntuhan umat dan kemunduran umat kebelakang.Inilah khilaf yang berpenyakit dan kembali kepada sunnah adalah ubat.

-Doktor Abdul Karim Zaidan memberi ulasan tentang khilaf yang harus iaitu khilaf yang menepati syarat2 berikut :

1-Khilaf itu lahir daripada Ulama Mujtahid.

2-Khilaf yang lahir itu dalam lingkungan masalah furu’ yang dibenarkan berijtihad.

3-Khilaf yang lahir daripada mujtahid hasil daripada usaha yang maksima untuk sampai kepada kebenaran.Tidak ada tanda2 kecuaian dalam ijtihad.

4-Tambahan katanya : Tidak boleh gemar kepada khilaf dan tidak pandang serong terhadapnya kerana bersatu dan sepakat itu lebih baik daripada khilaf.( lihat Al-Wajiz Fi Usul Fiqh)

Di sini saya bawa sebahagian kitab yang melarang kenduri arwah. sebahagiannya kitab mu'tabar dalam mazhab Syafie :

1) Pengarang kitab Furu' Masail
2) Pengarang kitab Bughyatut tullab
3) Pengarang kitab Sabiilul muhtadin
4) Pengaranag kitab i'anatut taalibin
5) Pengarang kitab hasyatul Qalyubi Wal Umaira
6) Pengarang kitab Mughni Muhtaj
7) Pengarang kitab Bahrul Mazi - syeikh Idris Al Marbawi jld 7 m/s 128
8) Pengarang kitab Fiqh al islami wa adilatih - Dr Wahbah Az zuhaili
9) Fiqhul Minhaji - Dr Mustafa Khin dan Dr Mustafa Bugha
10)Majmu' - Imam Nawawi
11)Tafsir Al Azhar - Pro.Dr Hamka

Ulama' terkenal Malaysia yang membidaahkan kenduri arwah yang saya tahu dan ada diantaranya saya dengar sendiri :

1-T.g. Dato Nik abdul Aziz Nik Mat
2-Pro Dr. Harun Din
3-Ustaz Mohamad Daud Iraqi
4-Ustaz Hashim Jasin
5-Dr Harun Taib
6-Ustaz yahya Othman
7-Maulana Asri yusuf
8-Dr Asri Zainal abidin
9-Ustaz Shamsuri Ahmad (lihat dlm youtube)
10-dll

Kesimpulan : Kita mengetahui masalah ini telah menjadi bala'yang begitu umum. Maka hendaklah kita berhemah didalam menangani masalah ini. Saya faham ramai ustaz2 kita bukan tidak mengetahui perkara ini..cuma kadang2 kita terpaksa menghadirinya demi menjaga perkara yang lebih awla lagi. Namun begitu jangan kita pula yang menganjurkannya sehingga adanya apa yang disebut TAHLIL PERDANA. Dah lah tu ada nilai Ringgit Malaysia roh simati pula tu..Kenapa kita tidak cuba memahamkan masyarakat secara beransur-ansur sebagaimana kita pernah memahamkan masyarakat suatu ketika dulu tentang MANDI SAFAR...???

4 comments:

mutaallim said...

Assalamualaikum, الدين النصيحة
1) Ustaz, cuba lihat pandangan DR LUQMAN yang menyokong lebai kenduri tahlil (ustaz sebut kenduri arwah,), lihat dalam :
http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/11/tahlil-pandangan-dr-luqman.html
- Apa komen ustaz…?
2) Kemudian, saya cuba bertanya tok guru pondok (kepala kenduri arwah,tahlil) tentang apa yang disebut dalam dalam kitab Tuhfatul ahwazi , kata tok guru tu “ apa yang dikato tu betul, tapi mu kena perati molek2 ibarat kitab tuh, lebih2 lagi dia ada kato “ فتفكر . هذا ما عندي “ mako mu kena tengok la jugo pendapat ulama2 lain yang ada IHTIMAL BENAR kedua2 lafaz tuh dan ada juga ulama yang DIAM (tak kata apa2) pada dua lafaz tu , cubo la mu lihat molek2 dalam بذل المجهود jzk 14 m/k surat 295 hgga 296 pengarang meng-imkan-kan kedua2 lafaz tuh, tak dok pulok nok tashihkan mana2 satu, begitu juga bagi Syekh Muhammad Shamsul Haq Al-Azim dalam Aunul Ma’bud , katanya pada akhir mensyarahkan hadis tersebut : "والحديث سكت عنه المنذري" ……..
3) Tok guru pondok tu pun kata “ tok pade (kuat) nok bawo dan bahas hadis ni (hadis lafaz داعي امرأة) untuk tolok ore buat kenduri tahlil sebab kaedah اذا تطرق الاحتمال سقط به الاستدلال ……”
4) Kata tok guru pondok tu lagi “ Dalil dan hujah buat kenduri arwah tu bukan semata2 hadis tuh jah,ada lagi hadis hok lain”
- Apa komen ustaz ?

5) Dalam kitab الدرر السنية في رد الوهبية karangan AHMAD ZAINI DAHLAN katanya :
قال المحدث الدهلوي رحمه الله في (اشعة اللمعات) في الجزء الاول في
الصحيفة ٦٣٤ و المستحب ان يتصدق عن الميت بعد ذهابه من الدنيا الى سبعة ايام
ينفعه بلا خلاف بين اهل العلم .....
- Apa komen ustaz?

6) Masalah Pacak pelepah tamar ustaz kata
“Kalau semua benda bertasbih, kenapa Nabi pacak pelepah tamar?.Persoalan : Apa makna pelepah tamar ini bertasbih selama mana ia basah ?Inilah makna khusus kepada Nabi selama mana basah berkat tangan Nabi”
- Saya nak tanya,Adakah kata2 ustaz tu,adalah semata2 pendapat (makna) ustaz ? Atau ada hadis yg
mengkhususkan sedemikian yg boleh menyokong pendapat ustaz? Atau ada kaedah2 yg menyokong
pendapat ustaz yg berbunyi sedemikian??????
7) Kata ustaz “Tidak ada Fuqaha (mazhab Syafie khususnya) istimbat sunat pacak pelepah tamar diatas kubur selepas kebumi jenazah berdasar hadis ini”
- Ya ke ustaz? Cuba ustaz buka kitab i'anatut taalibin jzk 2 bab janazah m/k surat 119. Cuba ustaz try lihat dalam kitab تحفة المحتاج بشرح المنهاج , الاقناع , مغني المحتاج الي معرفة الفاظ المنهاج ,
- حاشية الشبراملسي على نهاية المحتاج dan lain2 kitab ulama bermazhab syafie ibarat kitab2 tu lebih kurang berbunyi
ويسن وضع الجريد الاخضر على القبر
- ustaz akan jumpa istimbat sunat pacak pelepah tamar diatas kubur oleh fuqaha mazhab Syafie..( itupun kalu ustaz nak terima pendapat ulamak tu , sebab kaedah ustaz “.Pemahaman Hadis mestilah berdasarkan kepada kaedah bukan semata-mata pendapat ulamak.Pendapat yang bertepatan dengan kaedah diterima pakai.”
- Mmmm barangkali pengarang kitab tu tak menepati kaedah , ya tak ustaz?
- KESIMPULANNYA : saya yg hina ni,sebagai PENCARI KEBENARAN masih lagi kesamaran!
- Kepada ustaz,saya Minta maaf banyak2 sekiranya tulisan saya menyinggung ustaz,..mudah2an kita sama2 mendapat rahmat allah……الله اعلم

alkhabirah.blogspot.com said...

Mohon share ust

Unknown said...

Terbaik

Unknown said...

Hadis Jarir adalah Dhaif

Pertama : sebab ada perawi bernama Husaim beliau banyak mentadliskan hadis ertinya tidak mendengar dan meriwayat secara terus dari perawi hadis.

Kedua : Hadis Jarir juga tidak terdapat dalam Musnad Jarir. Macam mana hadis Jarir tidak ada dalam Musnad Jarir.

Ketiga : Imam Ahmad kata itu bukan hadis lihat Kitab Masalah Imam Ahmad oleh Daud As Sajsatani.

Hadis Jaafar.

Pertama : Hadis Jaafar juga termasuk hadis Dhaif, sebab seorang perawi bernama Kalid itu adalah majhul al Hal, tidak di ketahui identitinya.

CALENDER