Saturday, November 20, 2010

Perbezaan Penetapan Hari Raya Aidil Adha 1431 H



Sebagaimana telah diberitakan, Pemerintah Malaysia & Indonesia melalui Jabatan Agama telah menetapkan bahawa Hari Raya Aidil Adha 1431 H tahun ini jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010. Bila Hari Raya Aidil Adha adalah 10 Zulhijjah, maka 9 zulhijjah adalah Hari Arafah, hari di mana jamaah haji wukuf di Arafah, yakni 16 November 2010.

Sementara Mahkamah Agung Kerajaan Arab Saudi berdasarkan hasil ru’yah telah mengumumkan bahwa 1 Zulhijjah jatuh bertepatan 7 November 2010, maka Wukuf atau Hari Arafah (9 Zulhijjah) jatuh pada 15 November 2010.

Dengan demikian Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) akan jatuh pada hari Selasa, 16 November 2010, bukan hari Rabu, 17 November 2010 seperti ketetapan Pemerintah.

Berkenaan dengan hal di atas, saya menyatakan:

1. Bahawa bila umat Islam meyakini, bahawa inti dari ibadah haji adalah wukuf di Arafah, sementara Hari Arafah itu sendiri adalah hari ketika jamaah haji di Tanah Suci sedang melakukan wukuf di Arafah, sebagaimana sabda Nabi saw.:

«اَلْحَجُّ عَرَفَةُ»

Ibadah haji adalah (wukuf) di Arafah.(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Baihaqi, ad-Daruquthni, Ahmad, dan al-Hakim. Al-Hakim berkomentar, “Hadis ini sahih, sekalipun beliau berdua [Bukhari-Muslim] tidak mengeluarkannya.”).

Juga sabda Nabi SAW:

«فِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُوْنَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تُضَحُّوْنَ، وَعَرَفَةُ يَوْمَ تُعَرِّفُوْنَ»


Hari Raya Aidul Fitri adalah hari ketika kamu berbuka (selesai puasa Ramadhan), dan Hari Raya Aidul Adha kalian adalah hari ketika kalian menyembelih kurban, sedangkan Hari Arafah adalah hari ketika kamun (jamaah haji) berkumpul di Arafah.(Hadis Riwayat as-Syafii dari ‘Aisyah, dalam al-Umm, juz I, hal. 230).

Maka mestinya, umat Islam di seluruh dunia yang tidak sedang menunaikan ibadah haji menjadikan penentuan hari Arafah di tanah suci sebagai pedoman. Bukan berijtihad sendiri-sendiri seperti sekarang ini. Apalagi Nabi Muhammad juga telah menegaskan hal itu. Dalam hadis yang disampaikan oleh Husain bin al-Haris al-Jadali berkata, bahawa Amir Makkah pernah menyampaikan khutbah, kemudian berkata:


«عَهِدَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ e أَنْ نَنْسُكَ لِلرُّؤْيَةِ فَإِنْ لَمْ نَرَهُ وَشَهِدَ شَاهِدَا عَدْلٍ نَسَكْنَا بِشَهَادَتِهِمَا»


Rasulullah saw. telah berpesan kepada kami agar kami menunaikan ibadah haji berdasarkan ru’yah (hilal zulhijjah). Jika kami tidak boleh menyaksikannya, kemudian ada dua saksi adil (yang menyaksikannya), maka kami harus mengerjakan manasik berdasarkan kesaksian mereka.(Hadis Riwayat Abu Dawud, al-Baihaqi dan ad-Daruquthni. Ad-Daruquthni berkata, “Hadis ini sanadnya bersambung, dan sahih.”).

Hadis ini menjelaskan:

Pertama, bahawa pelaksanaan ibadah haji harus didasarkan kepada hasil ru’yah hilal 1 Zulhijjah, sehingga menatijahkan bila wukuf dan hari raya Aidil Adhanya boleh ditetapkan.


Kedua, pesanan Nabi SAW kepada Amir Makkah, sebagai penguasa wilayah, tempat di mana segala ibadah haji dilaksanakan, untuk melakukan ru’yah; jika tidak berhasil, maka ru’yah orang lain, yang menyatakan kesaksiannya kepada Amir Makkah.


Berdasarkan ketentuan ru’yah global, yang dengan kemajuan teknologi informasi ketika ini tidak sukar untuk kita mendapat maklumat daripada penguasa Makkah (Kerajaan Saudi)untuk kita menentukan awal Zulhijjah, Hari Arafah dan Aidil Adha setiap tahun. Lebih-lebih lagi realitinya kita hanya berbeza 5 jam dengan Kota Makkah.Hujah realiti semasa tidak patut ditolak.Dengan cara seperti itu, kesatuan umat Islam, khususnya dalam ibadah haji dapat diwujudkan, dan kenyataan yang memalukan seperti sekarang ini dapat dihindari.


2. Saya menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar kembali kepada ketentuan syariah, baik dalam melakukan puasa Arafah maupun Aidil Adha 1431 H, dengan merujuk pada ketentuan ru’yah untuk wuquf di Arafah, sebagaimana ketentuan hadis di atas.


3. Seharusnya mereka yang berkenaan mengambil pengiktibaran dari peristiwa ini, bahawa demikianlah keadaan umat apabila tidak bersatu di atas dasar Islam. Umat akan terus berpecah belah dalam berbagai hal, termasuk dalam perkara ibadah. Firman Allah SWT :


]يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا ِللهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ[


Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyeru kamu demi sesuatu yang dapat memberikan kehidupan kepada kamu. (QS al-Anfal [8]:
24).

Sekian.

ABU AMMAR

Lihat berita ini :

AJK taman saya akan mengadakan sembelihan korban pada hari sabtu ini 20 Oktober 2010 , ini bererti kami akan menyembelih korban pada hari ke 5 Aidil Adha...masyaallah.. rosak ibadat korban kami kerana mengikut fatwa ulama Pengampu.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

No comments:

CALENDER