Sunday, May 31, 2009

Ulamak pimpinan Dunia Akhirat


“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Kita semua tahu Ulamak adalah pewaris nabi. Nabi SAW sendiri mengetahui diakhir zaman ramai Ulamak lesu, keraterianya tidak setanding ulamak dahulu Mujtahid, muhaddis..Tapi Nabi SAW tetap mengatakan Ulamak adalah pewaris Nabi tanpa nabi meletakkan syarat Mujtahid, Muhaddis Allamah dsb. Di Zaman ini dimana kita nak mencari Ulamak yang betul-betul sebagai ulamak silam..


RASULULLAH, ABU BAKAR SEBAGAI PEMIMPIN

Kita melihat Kesempurnaan kepimpinan islam dalam sirah, bermula daripada Rasulullah SAW, manusia yang paling agung ketahap yang dari masa ke semasa semakin kebawah, yang kemudiannya adalah sahabat-sahabat seterusnya Tabien Tabie Tabieen dan ulamak Mujtahid Mutlak, Mujtahid Fatwa, Mujtahid Mazhab, dan seterusnya hingga kehari ini apa yang kita lihat..Namun panduanya tetap Ulamak ialah pewaris nabi-nabi.

Kita menerima hakikat kelesuan Ulamak..dan memang itulah yang telah disebutkan oleh Nabi SAW. Namun Nabi SAW dan para sahabatnya telah mengajar segala-galanya untuk panduan kita pada hari ini.


PAKAR STRATEGI MEMBANTU NABI WALAU RAMAI DIKALANGAN MEREKA TIDAK MEMIMPIN

Lihat dalam sirah walaupun nabi pemimpin mendapat wahyu, nabi bermusyawarah. Didalam musyawarah kita lihat bagaimana nabi menggunakan kebijaksanaan para-para sahabat yang lain agar kelihatan lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Kita lihat sahabat seperti Salman Al Farisi dan yang lainnya yang bijak dalam soalan strategi peperangan berperanan dalam Musyarah yang dibentuk oleh nabi SAW. Walaupun Salman dan yang seumpamanya ini bijak dan hebat disisi nabi SAW dan Salman pernah dakui oleh nabi sebagai sebahagian "Aali baiti" Salman dan sahabat yang seumpanya tidak pernah terfikir untuk menggantikan nabi dalam soal kepimpinan.Begitu juga Khalid Alwalid ( Pakar Peperangan ). Didalam peperangan Mu'tah pemimpin diberi kepada orang lain dahulu (Zaid, Jaafar dan Abdullah ar ruwahah) walau khalid seorang yang sangat hebat dan berpengalaman dalam soal strategi peperangan. Bahkan kita lihat selepas wafat Nabi SAW nabi tidak memilih Salman sebagai khalifah tetapi nabi pilih Abu Bakar ra.

Siapa Abu bakar ra ? Sudah tentu kita semua menjawab orang yang sangat memahami Islam. Abu Bakar mendahului sahabat yang lain dalam soal kewafatan Nabi SAW. Abu Bakar mendahului sebahagian sahabat yang lain dalam soal memerangi murtad. kan nabi bersabda "Kalau ditimbang iman Abu Bakar dengan Iman seluruh umat ini nescaya berat timbangan iman Abu bakar ra."Kesimpulannya nabi mengajar kita agar semua golongan, Pakar strategi, Aktivis bawahan menyumbang kebangkitan islam hatta di zaman nabi sendiri dan sejarah tidak pernah menafikan peranan mereka. Di sinilah terbentuknya kehebatan islam. Pun begitu nabi terus memimpin..kerana ada dikalangan mereka terkilau dengan kebendaan ( peristiwa uhud ), merasa bangga dengan jumlah yang ramai,kelengkapan yang hebat ( peristiwa Hunain ).Justeru itu disinilah sebenar peranan Nabi SAW dan para alim ulamak.

TAQWA DAN HIKMAH YANG MEMIMPIN

Kesimpulannya yang diletakkan oleh Islam orang yang paling layak memimpin orang paling hampir dengan tuhan ( Al Quraan dan Sunnah )dan dengan kefahaman yang mendalam ini ( Faqih ) dia dikurniakan "hikmah" daripada Allah.Zaman ini siapakah mereka kalau bukan Ulamak..

THALUT SEBAGAI PEMIMPIN

Walaupun Thalut bukan nabi tetapi tapi tanda kepimpinannya ialah Tabut (jejak peninggalan nabi Musa dan Harun as) yakni orang yang sangat hampir dengan nabi-nabi. Hikmah (kebijaksanaan) thalut terlihat dalam siri peperangan menentang jalut sebagaimana diceritakan dalam Al Quraan. Maknanya pemimpin beginilah yang dikehendaki dalam Islam.

INGAT PIMPANAN ISLAM BUKAN HANYA SETAKAT DI DUNIA BAHKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Saudara-saudara..Saya sendiri merasakan tidak layak memimpin..Siapa kita ? Saya merasakan diri sendiri dan keluarga tidak tentu lagi apakah nasib kita diakhirat..Bagaimana nak dibebani dengan membawa bebanan masyarakat yang dipimpin ?Ingat pimpinan islam bukan hanya membicarakan soal pembangunan dunia dan material semata-mata tetapi nak menyelamatkan manusia dari neraka Allah swt..Inilah matlamat utama kepimpinan islam. Kerana itu saya merasakan hanya para alim ulamak yang mampu memimpin manusia. Pun begitu kita tidaklah menolak soal kebendaan. Justeru itulah Ulamak perlu dibantu. Kalau Nabi saw sendiri dibantu oleh sahabat2nya yang pakar didalam bidang lain,lebih-lebih lagi para ulamak, terutamanya ulamak zaman kini. Kita saling bantu membantu.Untuk memahami lihatlah kata-kata pesuruhjaya kami :

Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat tidak terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.

Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."

Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.

Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.

Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

jawatan bukan untuk direbut

Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:

"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

tidak boleh lari dari amanah

Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.

Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:

1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.

2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang



KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

KRITERIA PEMIMPIN

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah swt membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf as

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Swt menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

"Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.

Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Faathir 35: 25-28]

Ya…

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah swt. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu DIKATAKAN takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang mampu memimpin andai dia TIDAK bersolat khusyu’, menjaga sunnah-sunnah nabi saw.
Lihat kehebatan sirah melihatkan kayu sugi ( sunah ) menjadi kekuatan kepada pejuang islam.

Benarlah kata Umar RA : kamu diberi kemenangan bukan dengan kehebatan kamu tetapi dengan maksiat musuh, tetapi jika kamu melakukan maksiat sama seperti meraka maka pada ketika itu Allah swt akan mengukur soal kebendan dan strategi semata2 (Allah tidak membantu kamu) sedangkan kekuatan kamu tidak setanding dengan meraka, kelengkapan kamu tidak setanding dengan kelengkapan mereka, jumlah kamu tidak seramai jumlah mereka...

Fahamilah.. Wassalalam.

Friday, May 15, 2009

Fikirlah.. wahai Abu Syafiq...



Secara pribadi saya adalah sahabat kpd ahli keluarga anda..Saya rasakan anda perlu memikirkan semula pendirian anda..Lihat petikan ini..

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamakyang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kalinya munculmereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagaikafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antaraulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah.Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti.Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalikkedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya…

Fatwa Sheikh Abu Muhammad Al-Maqdisi:Bahawasanya Ahbash lebih Teruk Dari Khawarij Malah Mereka Sesat.

Begitu juga fatwa al-Syeikh Abu Qatadah Umar bin Mahmud Abu 'Umar Jawapan kepada soalan dari umat Islam di Australia

Namun apa yang aneh dan Peliknya bagaimanakah Ulama Malaysia boleh memberi pengiktirafan kepada Jamaah Sesat Ahbash?saya terpanggil untuk bertanya dengan beberapa Ulama pengkhususan Aqidah di Malaysia tentang hal ini .

Alhamdulilah jawapan yang diberikan amat memuaskan iaitu "kami Para-para ahli ilmu tidak mengenali abdullah harari sekalipun bertemu dengannya , Yang kami kedengaran hanyalah daripada beberapa anak-anak muridnya yang cuba membawa Anasir firqah Takfir ini ke malaysia yang kononya bertopengkan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Manakala mereka ini hanyalah kambing Hitam beberapa Badan Swasta yang membencikan Ahli Sunnah.

Menjawap isu Pengiktirafan yang diberi oleh Ulama malaysia adalah satu pengiktirafan Rambang tanpa mengenali individu tersebut bagaikan "Ayah Pin diiktirafkan Ulama Indonesia dan Thailand.Ini kerana mereka hanya mendengar tanpa mengenali dengan lebih dekat .

Sepatutnya dan sewajibnya Tazkiyah(pengiktirafan) diberi dengan cara yang "tsiqah"benar" dengan mengenali puak atau individu dengan lebih dekat dan sekurang-kuranya bertanyakan Ulama-Ulama Didalam negaranya dan Ulama yang berjiran dengannya .

Permasalahan timbul adalah ulama-ulama hatta Mufti Lubnan menyatakan Ahbash sesat dan Mufti Syiria juga menyatakan pendiriannya akan kesesatan Ahbash .

Fatwa Dr wahbah Zuhaily

س: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
تقدم لأختي شاب ووافقنا، وبعد أن خطبها قال لها: إنه من جماعة الأحباش. فما أهم معتقدات هذه الجماعة؟
وإذا تزوجت أختي منه فما حكم هذا الزواج؟

ج: بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
نحن نقول بأن المسلمين الذين ثبتت صحة ديانتهم هم مسلمون، ويجوز الزواج منهم والتزويج إليهم، لكني أنصحك بعدم الموافقة على هذا الزواج؛ لأن هؤلاء الجماعة لديهم أفكار وآراء لا تتفق مع ما هو مقرر لدى جماهير الأمة الإسلامية.
فيكون هناك احتمال للوقوع في مشاكل ومصادمات وخصومات بسبب هذه الآراء الشاذة التي يقررونها ويعتقدون بها.
هذا من قبيل النصيحة. والله يتولى

الصالحين. والله أعلم.

:soalan
Seorang pemuda meminang adik perempuan saya. Selepas peminangan, pemuda ini berkata kepada adik saya bahawa dia dari dari golongan al-Ahbasy. Apakah i'tiqad-i'tiqad mereka yang penting. Apabila adik saya berkahwin dengan pemuda ini, apakah hukum perkahwinannya?

Jawapan al-Zuhailiy: Kita mengatakan, bahawa muslimin apabila sabit benar agamanya maka mereka adalah dari kalangan muslimin. Boleh perkahwinan dengan mereka. Namun, saya menasihati anda agar tidak bersetuju atas perkahwinan ini (dgn pemuda al-Ahbasy). Kerana mereka (al-Ahbasy) mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menepati apa yang telah ditetapkan oleh jumhur umat Islam.

Di sana barangkali akan berlaku masalah dan pertelagahan disebabkan pendapat-pendapat ganjil (syaz) yang mereka pegang dan i'tiqadkan.

DR WAHBAH AL-ZUHAILY merupakan Ulama terkemuka di Syiria dan merupakan ulama Junjungan dan dihormati Dunia, pernah menjadi Ketua Ulama Dunia dan masih menganggotai Majlis Ulama dunia bukan seperti ahbash sheikhul Fitnah"!

Katanya : Mereka adalah kumpulan sesat lagi menyesatkan wajib menjauhkan diri daripada mereka dan berhati2 dgn mereka.Kumpulan mereka adalah kumpulan fitnah dan berfatwa mengikut hawa nafsu..Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Meraka juga dibimbangi mempunyai hubungan dgn negara luar..

Sunday, May 3, 2009

Kenapa ulamak yang paling layak memimpin...


Islam adalah agama daripada Allah swt. Tiga bahagian sifat Allah swt jika dipecah daripada Asmaullahul Husna:

1- Jamaal (Sifat tolak ansur Allah..spt Yang Maha Pengampun, Penyanyang, Sabar, Penerima taubat dll)

2- Jalaal (sifat kebesaran) spt..Yang Maha membalas, Membesarkan diri dll

3- Kamaal (sifat kesempurnaan Allah swt spt Yang Maha bijaksana, alim , berkuasa, tidak berhajat kpd sesuatu dll)

Jamaal ialah sifat tempat manusia ber rajaa'( mengharapkan ihsan dan simpati) dpd Allah swt dan mencontohi untuk berakhlak dengan sifat tersebut sebagaimana nabi saw Pemaaf, Penyanyang, Penyabar (tahan diuji) dll. sabda nabi saw "kasihanilah mereka yang ada dibumi nescaya kamu akan dikasihani oleh mereka yang berada dilangit."

Jalaal ialah sifat kebesaran yang kita tak layak dan tidak akan mamilikinya..Apa yang perlu kita buat ialah kita terbalik dpd sifat tersebut dengan menundukkan diri, menghinakan diri kepada kebesaran Allah swt. Di dalam hadis qudsi Allah swt berfirman "alkibriya' adalah selendangku sesiapa yang melawaniku akan ku campakkan dia kedalam neraka"

Kamaal ialah sifat kesempurnaan Allah swt. Manusia yang cerdik jika dibandingkan dengan tuhan tetap bodoh kerana kesempurnaan sifat Allah swt.Lagipun segala yg kita ada ini adalah milik Allah jua. Allah yang beri taufiq, Allah yang ajar..

Manusia yang mencontohi sifat Jamaal Allah swt dan tunduk menghinakan diri dihadapan sifat Jalaal Allah swt akan kurniakan sedikit kesempurnaan dlm hidupnya..maka diberikan kpdnya hikmah (bijaksana) kaya hatinya, tinggi tawakkalnya hebat kekuasaan dan kudratnya dll (dgn layak mendpt pertolongan dpd Allah). Maka terjemalah kesempurnaan islam didalam kehidupan mereka.

Saudara2 kerana itulah dipilih pemimpin manusia itu di kalangan nabi2. merekah yang paling bersifat dgn sifat2 ini. Perjuangan islam berdasarkan tiga faktor sifat ketuhanan diatas.kerana islam itu dpd tuhan bukan dari manusia. Tidak ada orang yang paling bersifat dengan sifat ini melainkan nabi2 dan zaman ini para alim ulamak..

Kerana itulah sabda Nabi saw " Adalah bani israil pemimpin mereka adalah kalangan nabi2 " Kalau tidak nabi pun mereka yang sgt ulama dan soleh spt zulkarnain thalut Luqman yang sgt memahami ayat allah swt.

Kenapa Abu Bakar ra dipilih selepas rasulullah saw. Antara jawapannya ialah abu Bakar orang paling memahami "hikmah" didalam beragama. Hikmah inilah diantara tujuan kenapa nabi2 diutuskan ke alam ini. Diantara kebijaksanaan abu Bakar ra

1- Memahami rasulullah akan wafat dan beliau menangis semasa turunnya ayat kesempurnaan ajaran islam semasa hajjtul wada'sedangkan sahabat lain bergembira.

2- Dipilih oleh rasullah saw sebagai imam solat sebagai tanda kepimpinan beliau sebelum wafatnya nabi saw kerana fahamnya beliau bahawa lelaki yang diberi pilihan untuk bertemu dgn Allah swt dan kekal didunia itu ialah Rasulullah sendiri..sedangkan sahabat lain tidak lagi memahaminya sehingga abu zar brkata Abu bakar nyanyuk..Lantas nabi bersabda kalaulah aku mampu untuk menjadi seorang manusia kekasih sejati ku nescaya Abu Bakarlah orangnya.

3- Tepatnya tindakkan beliau didalam memerangi golongan murtad selepas kewafatan rasulullah saw, walaupun pada awalnya ramai sahabat termasuk Umar ra tidak bersetuju dengan tindakannya.Dan banyak lagi..

Begitulah kita melihat contoh2 yang lain dalam zaman kegemilangan islam..kesemuanya mereka adalah ulamak dan kalau bukan asal mereka ulamak mereka ialah golongan prosfesional yang menjadi ulamak. jika dizaman sekarang mereka spt Dr Fathi Yakan dan yang seangkatan dgnnya.

Masalahnya sekarang berapa ramaikah mereka yang "profesinal telah diulamakkan".

kedua, dizaman khulafau rashidin selain "ahlul ahdi wal aqdi" (kalau skg ni Majlis Syura)adalah sahabat yang paling kanan yang bertaraf ulamak, pemimpinnya juga adalah ulamak dan penggantinya juga adalah ulamak..

Mungkin orang kata..sahabat semuanya ulamak...Tidak saudaraku..Maksudnya ialah sahabat2 memilih orang yang paling memahami agama dan paling bertakwa..Kalau dizaman ini siapakah yang paling layak lebih dpd ulamak..

Sedarkah dimana kedudukkan kita disisi Allah swt..Ingatlah yang kita bawa ini adalah agamanya bukan sekadar poster dan perkiraan semata2..Lihat diri anda dihadapan tuhan dan cermin sebelum anda membawa agama tuhan.. Anda bukan hanya membawa wang, ekonomi dan kebendaan semata2.

Tahukan anda makna "khalifah"..Ramai orang menyangka makna khalifah ialah Pengganti Allah..Imam Ibnu Taymiyah rhm mengkritik tafsiran ini..Kerana katanya Allah tidak boleh diganti..Maknanya yang sebenar ialah "Pengurus Dunia" bagi seluruh manusia dan untuk org beriman ialah "Mengganti tugas rasul saw"..Layakkah saudara nak mengganti tugas rasulullah saw.

Cukuplah wahai saudara kita menjadi "pembantu para Ulamak dalam menegakkan agama Allah swt ..Ansarullah dgn memegang jawatan yang layak untuk kita untuk membantu mereka..

Ingatlah jangan sekali2 kita merendahkan para alim ulamak kerana merekalah obor umat ini sepanjang lipatan sejarah..dan yang lebih penting ialah bimbang kita tidak memperolehi syafaatnya diakhirat apatah lagi syafaat nabi saw.

sekian Abu Ammar..

CALENDER