Tuesday, August 31, 2010

HUKUM NON MUSLIM MASUK MASJID


Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Saya rasa perkara ini dah jelas. Lama dah pelancong2 datang ke Malaysia dan masuk dalam masjid. Tidak ada pun bantahan dan menjadi isu. Tapi bila dilakukan oleh 'orang yang tidak sebulu' jadi isu. Peninglah melihat sesetengah orang melayu yang jahil tukil ni..

Di sini, saya datangkan dalil dan pendapat ulamak tentang masalah non muslim masuk masjid. Pendapat As-Syafi’iyaah mengatakan bahawa :

“Sesungguhnya diharuskan bagi kuffar (non-muslim) masuk masjid dengan kebenaran orang Islam kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid di Tanah Haram.”

Pendapat dari Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid mengatakan bahawa :

“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”

Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa orang non muslim hanya tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan Madinah. Selain dari masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam. Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan bahawa :

“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Rasulullah saw dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah saw untuk melihat orang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya."

Bagi mazhab lain pula ada tiga pandangan:

Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Keduanya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Namun kita harus ingat Rasulullah SAW benarkan bukan Islam masuk masjid.Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, sepatutnya kita berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini. Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sebagai tanda menghormati rumah Allah, maka orang non muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim, kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid tersebut. Di sini juga secara tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktivi-aktivi yang terdapat dalam masjid. Betapa untungnya kalau orang non muslim tertarik kepada Islam dengan kesan melihat keindahan masjid sahaja.

Sunday, August 22, 2010

HUKUM BERDOA KEPADA PEMIMPIN BUKAN ISLAM


Baru-baru ini kecoh isu doa kepada pemimpin. Sedangkan sebelum ini telah menjadi semacam "RUKUN KHUTBAH" berdoa kepada pemimpin diseluruh Malaysia.Tidak pernah kita dengar ada orang mempertikai tentangnya samada pemimpin itu orang zalim ke atau baik dan adil, islam ke atau tidak.Bahkan pernah ada orang islam kita menganjurkan Majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk kemenangan calon bukan islam. Tidak pernah ada pertikaian.Ada Mufti pun melenting2. Soalnya kenapaa dulu "tidak", sekarang "Ya".Saya rasa semua orang tahu sebabnya. Di sini saya ingin menjelaskan tentang hukumnya. :

Doa pertama ialah meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam.

Doa yang kedua ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan. Kedua-dua ini tidak boleh dilakukan.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita sepatutnya memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.Lebih-lebih lagi yang mengeluarkan pandangan itu mufti.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perlu kita faham Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru yang bidaah untuk orang islam "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan?

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang salah seorang nabi alaihissalam yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Di dalam kitab yang tersohor Mukhtasar Minhajul Qasidin - Ibnu Qudamah, didalam Perbahasan yang kedua iaitu "Adat" Bab كتاب آداب الكسب والمعاش وفضله وصحة المعاملة
di bawah tajuk القسم الخامس ‏:‏ في إدرار السلاطين وصلاتهم فصل ‏[‏في أحوال من يخالط الأمراء والعمال والظلمة‏]‏ telah berkata :

اعلم‏:‏ أن لك مع الأمراء والعمال والظلمة ثلاثة أحوال‏:‏
الحالة الأولى‏:‏ أن تدخل عليهم وهى شرُّها‏:‏ فقد روى عن النبى صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال‏:‏ ‏"‏ من أتى أبواب السلاطين افتتن‏"‏ ‏‏ ‏"‏وما ازداد عبد من السلطان قرباً إلا ازداد من الله بعداً‏"‏ ‏‏.‏

وقال حذيفة‏:‏ إياكم ومواقف الفتن، فقيل‏:‏ وما مواقف الفتن‏؟‏ قال ‏:‏ أبواب الأمراء، يدخل أحدكم على الأمير فيصدقه بالكذب، ويقول ما ليس فيه‏.‏ وقال بعض الأمراء لبعض الزهاد‏:‏ ألا تأتينا‏؟‏ فقال‏:‏ أخاف إن أدنيتني فتنتني، وإن أقصيتنا حرمتني، وليس في يدك ما أريده، ولا في صدى ما أخافك عليه، وإنما أتاك من أتاك ليستغني بك عمن سواك، وقد استغنيت عنك بمن أغناك غنى‏.‏

فهذه الآثار تبين كراهية مخالطة السلاطين‏.‏وأيضاً فان الداخل على السلطان معرض لأن يعصى الله عز وجل، إما بفعله أو قوله أو سكوته‏.‏

أما الفعل‏:‏ فإن الدخول عليهم في غالب الأحوال يكون إلى أماكن مغصوبة، ولو فرض أنه في موضع غير مغصوب، ففى الغالب يكون ما تحته أو ما يظله من خيمة أو نحوها من ماله الحرام، والانتفاع بذلك حرام ، ولو فرض ذلك حلالاً، فربما يقع في غيره من المحذورات، إما أن يسجد له، أو يتمثل له قائماً، ويخدمه، ويتواضع له بسبب ولايته التي هي آلة ظلمه‏.‏
والتواضع للظالم معصية، بل من تواضع لغنى لأجل غناه لا لمعنى آخر يقتضي التواضع، ذهب ثلثا دينه، فكيف إذا تواضع للظالم ‏؟‏‏!‏‍ ‍ وتقبيل اليد له معصية، إلا أن يكون عند خوف، أو لإمام عادل، أو عالم يستحق ذلك، فأما غير ما ذكرنا، فلا يباح في حقهم إلا مجرد السلام‏.‏

وأما القول‏:‏ فهو أن يدعو للظالم، أو يثنى عليه، أو يصدقه فيما يقول من باطل بصريح قوله، أو بتحريك رأسه، أو باستبشار في وجهه، أو يظهر له الحب والموالاة والاشتياق إلى لقائه، والحرص على طول بقائه، فإنه في الغالب لا يقتصر على السلام، بل يتكلم ولا يعدو كلامه هذه الأقسام‏.‏ وقد جاء في الأثر‏:‏ ‏"‏من دعا لظالم بطول البقاء، فقد أحب أن يعصى الَّله‏"‏‏.‏ ولا يجوز دعاؤه له إلا أن يقول‏:‏ أصلحك الَّله، أو وفقك الله، أو نحو ذلك‏.‏

وأما السكوت‏:‏ فهو أن يرى في مجالسهم في الفرش الحرير، وأوانى الفضة، والملبوس المحرم على غلمانهم من الحرير، ونحو ذلك، فيسكت‏.‏ وكل من رأى شيئاً من ذلك وسكت فهو شريك فيه، وكذا إذا سمع من كلامهم ما هو فحش وكذب وشتم وإيذاء، فإن السكوت عن ذلك كله حرام، لأنه يجب عليه الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر‏.‏
فإن قلت‏:‏ إنه يخاف على نفسه، فهو معذور في السكوت‏.‏
قلنا‏:‏ صدقت، إلا أنه مستغن عن أن يعرض نفسه لارتكاب ما لا يباح إلا بعذر، لأنه لو لم يدخل ويشاهد، لم يجب عليه الأمر والنهى، وكل من علم بفساد فى مكان، وعلم أنه إذا حضر لم يقدر على إزالته، لم يجز له أن يحضر‏.‏

Terjemahan:

IMSAK - SATU REKAAN ORANG MELAYU

Masalah: Bid'ah Ketetapan Imsak sebelum Subuh
Petikan: "Entah bermula dari tahun berapa, umat Islam di negara kita telah mengenali erti imsak sebelum masuknya waktu subuh selama lebih kurang 10 minit. Tetapi ketetapan imsak dengan erti seperti ini tidak pula diketahui di negara-negara Islam yang lain sama ada di Timur Tengah atau lainnya. Tidak ada sesiapapun di antara kita yang cuba bertanya tentang asal usul imsak ini, apatah lagi untuk mempersoalkannya. Inilah satu sikap tidak baik yang ada pada masyarakat kita iaitu menurut saja apa yang diperkenalkan tanpa usul periksa."

Maulana Asri Kelantan : Darul Kauthar Kelantan ( Lebih lanjut lihat Al Ahkam.Net)

Monday, August 9, 2010

Perbahasan Kenduri Arwah..Buat Pencari Kebenaran.


Di dalam kitab Tuhfatul ahwazi :
وقال ابن الهمام : ويستحب لجيران أهل الميت والأقرباء الأباعد تهيئة طعام يشبعهم يومهم
وليلتهم لقوله صلى الله عليه وسلم : " اصنعوا لأهل جعفر طعاما ، وقال يكره اتخاذ الضيافة من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة انتهى " . وقال القاري : واصطناع أهل البيت الطعام لأجل اجتماع الناس عليه بدعة مكروهة بل صح عن جرير رضي الله عنه كنا نعده من النياحة وهو ظاهر في التحريم انتهى . قلت : حديث جرير رضي الله عنه أخرجه أحمد وابن ماجه بلفظ : قال كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة انتهى . وإسناده صحيح .
فإن قلت : حديث جرير هذا مخالف لحديث عاصم بن كليب الذي رواه أبو داود في سننه بسند صحيح عنه عن أبيه عن رجل من الأنصار قال : خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر:"أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه " فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه ، فجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا الحديث . رواه أبو داود والبيهقي في دلائل النبوة هكذا في المشكاة في باب المعجزات . فقوله : فلما رجع استقبله داعي امرأته . . . إلخ ، نص صريح في أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أجاب دعوة أهل البيت واجتمع هو وأصحابه بعد دفنه وأكلوا ، فإن الضمير المجرور في امرأته راجع إلى ذلك الميت الذي خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازته ، فما التوفيق بين هذين الحديثين المختلفين ؟
قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير وهو ليس بصحيح بل الصحيح داعي امرأة بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : داعي امرأة بغير الإضافة . قال في عون المعبود : داعي امرأة كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة انتهى . وروى هذا الحديث الإمام أحمد في مسنده ص 293 ج 5 وقد وقع فيه أيضا : داعي امرأة بغير الإضافة بل زاد فيه بعد داعي امرأة لفظ : من قريش ، فلما ثبت أن الصحيح في حديث عاصم بن كليب هذا لفظ : داعي امرأة بغير إضافة امرأة إلى الضمير ، ظهر أن حديث جرير المذكور ليس بمخالف لحديث عاصم بن كليب هذا فتفكر . هذا ما عندي والله تعالى أعلم .

Seperti biasa saya didatangi kawan-kawan untuk bertanya masalah dan kebuntuan yang dihadapi.Pada satu petang kawan saya datang untuk bertanya tentang kesamaran jawapan tentang masalah kenduri arwah yang diperbahaskan hangat dalam blog2 dan masyarakat sekarang.Saya pada awalnya tidak berminat untuk mengupas masalah ini.Apabila saya membaca jawapan menyokong kenduri arwah, saya rasa berminat untuk memberi penjelasan ilmiyah kerana pada saya, apa yang diutarakan tidak tepat.Pada saya mereka yang belajar ilmu hadis secara riwayah dan dirayah sahaja yang memahami kupasan masalah ini secara tepat.Adapun mereka yang belajar hadis melalui pembacaan, tidak akan memahami ilmu hadis dengan tepat kerana banyak lagi asas2 ilmu hadis yang merangkumi ilmu riwayah dan dirayah yang perlu dipelajari untuk mengetahui hadis itu sahih status hujjah. Keduanya sebenarnya mereka adalah golongan yang "kalah dengan arus masyarakat" dan tidak berpegang dengan manhaj Salafus Soleh yang berpegang dengan dalil.

Secara ringkas sesuatu hadis dihukum sahih apabila ditinjau pada 4 sudut bukan pada sanadnya sahaja :

1-Pada sanad- pastikan semua perawinya bertepatan dengan syarat sahih.

2-Pada matan-Pastikan semua syarat2 matan itu sahih seperti tidak bercanggah dengan dalil qatie.

3-Pada Mukharrij-Siapakah yang mengeluarkan hadis itu dan menghukum hadis itu sahih.Ulamak Hadis ada 3 ketogori :

1)- Mutashaddidin ( متشددين )-tidak boleh terima kecuali selepas diteliti sebab2nya berdasarkan qaedah لا يقبل الجرح إلا مفسرا )

2)-Mu’tadilin (معتدلين )-Boleh diterima riwayatnya.

3)-Mutasahilin ( متساهلين )-Tidak boleh diterima riwayatnya apabila ditolak oleh ulamak2 hadis yang lain atau melihat kepada setakat manakah ulama lain mentashihkan hadis itu.

4)-Kitab hadis pula ada 4 peringkat :

i-Tahap Tawatur – Bukhari, Muslim, Muwatta’ Malik.

ii-Tahap Mustafid-Tarmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah.

iii-Masanid, Jawami’,Musannafat-Musnad Abi Ali, Musannaf Abdul Razak, Musannaf Abi Bakar Bin Abi Syaibah,Musnad Abd Bin Humaid, Musnad At-Tayalisi, Kitab2 Baihaqi, Kitab2 Tohawi, Kitab2 Tabrani.

v-Kitab himpunan hadis yang tidak ada dalam tahap pertama dan kedua-Ad-Duafa’ libni Hibban, Kamil ibnu Adi, Kitab2 Khatib, Kitab2 Abi Naim, Juzqanu, Ibnu Asakir,Ibnu Najjar, Ad-Dailami, Al-Khawarzimi,

iv-Kitab yang Masyhur disisi Fuqaha, Ulama Sufi dan Ahli Sejarah.Tidak ada asal dalam kitab 4 tahap diatas.

-Tahap pertama dan kedua-Dalil kepada Muhaddisin dan Fuqaha' didalam mengupas masalah agama.Hadis ini boleh diterima sebagai dalil.

-Tahap ketiga-Dalil kepada Tokoh2 Muhaddisin yang pakar sahaja.Hadis ini tidak boleh diterima oleh orang lain sebagai dalil.

-Tahap keempat dan kelima-Tidak boleh dijadikan dalil.Kebiasaan hadis2 ini dijadikan dalil oleh puak2 Bid’ah dan puak2 pelampau agama (lihat Hujjatullah Albalighah-Ad-Dahlawi)

*Penjelasan Makna “GHAIRU MAHFUZ” Hadis dalil kenduri arwah

1-Hadis Mahfuz (Abu Daud & Baihaqi)

سنن أبى داود – (ج 10 / ص 101)

دَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ أَخْبَرَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ أَخْبَرَنَا عَاصِمُ بْنُ كُلَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى جَنَازَةٍ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ عَلَى الْقَبْرِ يُوصِى الْحَافِرَ « أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رِجْلَيْهِ أَوْسِعْ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ ». فَلَمَّا رَجَعَ اسْتَقْبَلَهُ دَاعِىَ امْرَأَةٍ فَجَاءَ وَجِىءَ بِالطَّعَامِ فَوَضَعَ يَدَهُ ثُمَّ وَضَعَ الْقَوْمُ فَأَكَلُوا فَنَظَرَ آبَاؤُنَا رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَلُوكُ لُقْمَةً فِى فَمِهِ ثُمَّ قَالَ « أَجِدُ لَحْمَ شَاةٍ أُخِذَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ أَهْلِهَا ». فَأَرْسَلَتِ الْمَرْأَةُ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى أَرْسَلْتُ إِلَى الْبَقِيعِ يَشْتَرِى لِى شَاةً فَلَمْ أَجِدْ فَأَرْسَلْتُ إِلَى جَارٍ لِى قَدِ اشْتَرَى شَاةً أَنْ أَرْسِلْ إِلَىَّ بِهَا بِثَمَنِهَا فَلَمْ يُوجَدْ فَأَرْسَلْتُ إِلَى امْرَأَتِهِ فَأَرْسَلَتْ إِلَىَّ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَطْعِمِيهِ الأَسَارَى ».

2-Hadis Ghairu Mahfuz ( Misykat Masabih)

مشكاة المصابيح – (ج 3 / ص 292)

وعنوعن

عاصم بن كليب عن أبيه عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر يقول : ” أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه ” فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا فنظرنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك لقمة في فمه ثم قال أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها فأرسلت المرأة تقول يا رسول الله إني أرسلت إلى النقيع وهو موضع يباع فيه الغنم ليشترى لي شاة فلم توجد فأرسلت إلى جار لي قد اشترى شاة أن أرسل إلي بها بثمنها فلم يوجد فأرسلت إلى امرأته فأرسلت إلي بها فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” أطعمي هذا الطعام الأسرى “

رواه أبو داود والبيهقي في دلائل النبوة

Hadis ini telah diulas oleh ulamak dengan bahawa hadis ini “Ghairu Mahfuz”sedangkan hadis ini telah dihukum sahih oleh Albani dan ulamak2 lain dan hadis ini tidak dihukum oleh abu Daud sebagai “Ghairu Mahfuz”

Penjelasan-
1-Bukan kritikan pada sanad dan perawi hadis.Hadis ini diterima kerana pada sanadnya sahih, tetapi dikritik pada matan hadis ini.Hadis diatas diriwayat oleh Abu Daud dalam sunannya dan Baihaqi dalam kitab Dalail Nubuwwah dengan lafaz yang sama.Hadis ini juga disebut dalam kitab Mishkat Masabih, disandarkan kepada riwayat Baihaqi didalam Dalail Nubuwwah dengan lafaz yang berbeza sedikit, tak sama iaitu lafaz “داعي امرأته “ Iaitu dengan lafaz makrifah, sedangkan dalam riwayat Abu Daud dan Baihaqi dalam kitab asal dengan lafaz “ داعي امرأة “ dengan lafaz nakirah, sedangkan kitab Mishkat kitab sedutan bukan kitab asal.Apabila berbeza lafaz hadis diantara hadis dalam kitab asal (kitab Abu Daud & Dalail Nubuwwah) dengan hadis dalam kitab sedutan ( Mishkat ) maka hadis dalam kitab Misykat dikatakan “Ghairu Mahfuz “ dan hadis dalam kitab Abu Daud & Dalail Nubuwah sebagai “Mahfuz”


2-Makna hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi, bukan isteri si mati yang menjemput Nabi dan sahabat makan dirumahnya, tetapi orang lain yang menjemput makan tak ada kena mengena dengan si mati, ini bertepatan dengan makna dirayah hadis iaitu:

i-Lafaz hadis Mahfuz disebut dengan lafaz nakirah bukan makrifah yang tidak menentukan sesiapa.

ii-Makna ini dikuatkan oleh riwayat lain seperti dalam Riwayat Abu Daud dan hadis Jarir. Hadis ini ditashih oleh Albani dan Nawawi. Maknanya tidak ada percanggahan diantara hadis di atas dengan Riwayat Abu Daud hadis Jarir.

سنن أبى داود – (ج 9 / ص 310)

اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ ».

مسند أحمد – (ج 15 / ص 113)

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِىِّ قَالَ كُنَّا نَعُدُّ الاِجْتِمَاعَ إِلَى أهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ. تحفة 3230 معتلى 2113 ل

iii-Sepakat Muhaddisin dan Fuqaha' termasuk Mazhab Syafie dan semua mazhab disepanjang zaman bahawa sunnah Nabi ialah orang lain memberi makan kepada keluarga simati, bukan si mati yang memberi makan kepada orang lain.

3-Jawapan kepada penjelasan Syekh Muhammad Shamsul Haq Al-Azim dalam Aunul Ma’bud jemputan itu dari isteri si mati sebagaimana ditegaskan oleh Mulla Ali Al-Qari perlu diteliti.Penjelasan ini sebenarnya bersandarkan kepada hadis dalam kitab Mishkat yang disyarah oleh Mulla Ali Qari dalam kitabnya “ Mirqat Mafatih” sebagaimana kita jelaskan bahawa hadis dalam kitab Mishkat itu “ Ghairu Mahfuz”lafaznya.Oleh itu penjelasan Mulla Ali Qari dan sesiapa yang menyokongnya tidak boleh dipakai kerana berdasarkan hadis “ Ghairu Mahfuz”.Perlu difahami kita menerima pendapat ulama berdasarkan fakta dan kaedah, bukan taqlid buta.

Hadis Pacak pelepah tamar adalah khusus kepada Nabi Saw sahaja.


صحيح البخاري – (ج 1 / ص 88)

حدثنا محمد بن المثنى قال حدثنا محمد بن خازم قال حدثنا الأعمش عن مجاهد عن طاوس عن ابن عباس قال

: مر النبي صلى الله عليه و سلم بقبرين فقال ( إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير أما أحدهما فكان لا يستتر من البول وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة ) . ثم أخذ جريدة رطبة فشقها نصفين فغرز في كل قبر واحدة . قالوا يا رسول الله لم فعلت هذا ؟ قال ( لعله يخفف عنهما ما لم ييبسا )

قال ابن المثنى وحدثنا وكيع قال حدثنا الأعمش قال سمعت مجاهدا مثله ( يستتر من بوله )

Hadis ini khusus kepada Nabi sahaja, tidak kepada umat, walaupun ulama khilaf.Pemahaman Hadis mestilah berdasarkan kepada kaedah bukan semata-mata pendapat ulamak.Pendapat yang bertepatan dengan kaedah diterima pakai.Hadis ini khusus kepada Nabi berdasarkan kepada beberapa faktor :

1-Hadis ini bercanggah dengan umum makna Al-Quran.

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 78)

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (44)

KRITIKAN : Bukan yang hidup sahaja yang bertasbih....

Kenyataan yang menyatakan benda yang hidup sahaja bertasbih adalah bercanggah dengan Al-Qur’an yang menjelaskan guruh juga bertasbih dan batu juga bergolek jatuh kerana takut kepada Allah s.w.t :

تفسير ابن كثير – (ج 4 / ص 441)

{ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ } كما قال تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } [الإسراء: 44].

وقال الإمام أحمد: حدثنا يزيد، حدثنا إبراهيم بن سعد، أخبرني أبي قال: كنت جالسًا إلى جنب حُمَيْد بن عبد الرحمن في المسجد، فمر شيخ من بني غفار، فأرسل إليه حميد، فلما أقبل قال: يا ابن أخي، وسع (1) له فيما بيني وبينك، فإنه قد صحب رسول الله صلى الله عليه وسلم. فجاء حتى جلس فيما بيني وبينه، فقال له حميد: ما الحديث الذي حدثتني عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال الشيخ: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “إن الله ينشئ السحاب، فينطق أحسن النطق، ويضحك أحسن الضحك” (2) .

والمراد -والله أعلم -أن نطقَها الرعدُ، وضحكها البرقُ.

- تفسير ابن كثير – (ج 1 / ص 304)

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74)

-Bercanggah dengan hadis sohih yang menjelaskan makanan dan batu juga bertasbih :

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 79)

قوله: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } أي: وما من شيء من المخلوقات إلا يسبح بحمد الله (4) { وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ } أي: لا تفقهون تسبيحهم أيها الناس؛ لأنها بخلاف لغتكم. وهذا عام في الحيوانات (5) والنبات والجماد، وهذا أشهر القولين، كما ثبت في صحيح البخاري، عن ابن مسعود أنه قال: كنا نسمع تسبيح الطعام وهو يُؤكل (6) .

وفي حديث أبي ذر: أن النبي (7) صلى الله عليه وسلم أخذ في يده حصيات، فسمع لهن تسبيح كحنين النحل، وكذا يد أبي بكر وعمر وعثمان، رضي الله عنهم [أجمعين] (8) ، وهو حديث مشهور في المسانيد (9) .

-Bercanggah dengan pendapat salaf bahawa pintu, air dan tiang juga bertasbih :

تفسير ابن كثير – (ج 5 / ص 80)

وقال عكرمة في قوله تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ } قال: الأسطوانة تسبح، والشجرة تسبح (10) -الأسطوانة: السارية.

وقال بعض السلف: إن صرير الباب تسبيحه، وخرير الماء تسبيحه، قال الله تعالى: { وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ }

وقال سفيان الثوري، عن منصور، عن إبراهيم قال: الطعام يسبح.

Kalau semua benda bertasbih, kenapa Nabi pacak pelepah tamar?.Persoalan : Apa makna pelepah tamar ini bertasbih selama mana ia basah ?Inilah makna khusus kepada Nabi selama mana basah berkat tangan Nabi.

2-Tidak ada riwayat yang menunjukkan Nabi melakukan kepada kubur2 lain kecuali satu dua kubur sahaja.

3-Tidak ada riwayat bahawa sahabat memacak pelepah tamar dikubur apabila berlaku kematian.

4-Ada riwayat bahawa Nabi letak batu diatas kubur Uthman b. Maz’un dan anaknya Ibrahim sebagai tanda sahaja, bukan pelepah tamar.

5-Tidak ada Fuqaha (mazhab Syafie khususnya) istimbat sunat pacak pelepah tamar diatas kubur selepas kebumi jenazah berdasar hadis ini.

GEMAR KEPADA KHILAF ADALAH PENYAKIT, GEMAR KEPADA SUNNAH ADALAH UBAT

Nabi sendiri telah mengingatkat bahawa khilaf merupakan penyakit dan Sunnah adalah ubat.Tugas pendakwah berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan umat kepada Sunnah, bukan membawa umat supaya mengikut khilaf, sekalipun khilaf itu lahir daripada Fuqaha, sabda Nabi s.a.w

سنن الترمذى – (ج 10 / ص 194)

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلاَلَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

-Khilaf ada dua jenis :

1-Khilaf Fuqaha’ mutaqaddimin dikalangan sahabat, Tabien, Tabie Tabien,Imam2 Mujtahid yang muktabar, yang mana khilaf itu bersih dari unsur taashub mazhab, unsur metode madrasah2 pemikiran seperti sufiyah, As-Syaariyah, Salafiyah, Falsafah, bersih dari unsur taqlid yang melampau-Khilaf ini muktabar terutama khilaf yang berlegar dalam skop :

i-Khilaf dalam memahami nas dan cara istidlal.

ii-Khilaf untuk memenuhi kepentingan umum kepada umat.

iii-Khilaf dalam memberi kemudahan kepada umat untuk berpegang kepada ajaran agama.

2-Khilaf Fuqaha muta’akhirin dikalangan pengikut2 mazhab yang diwarnai dengan pengaruh unsur taashub mazhab, pengaruh metode madrasah2 pemikiran, pengaruh sufiyah, Falsafah dan Taqlid yang melampau yang mana khilaf ini telah membuka ruang kepada keruntuhan umat dan kemunduran umat kebelakang.Inilah khilaf yang berpenyakit dan kembali kepada sunnah adalah ubat.

-Doktor Abdul Karim Zaidan memberi ulasan tentang khilaf yang harus iaitu khilaf yang menepati syarat2 berikut :

1-Khilaf itu lahir daripada Ulama Mujtahid.

2-Khilaf yang lahir itu dalam lingkungan masalah furu’ yang dibenarkan berijtihad.

3-Khilaf yang lahir daripada mujtahid hasil daripada usaha yang maksima untuk sampai kepada kebenaran.Tidak ada tanda2 kecuaian dalam ijtihad.

4-Tambahan katanya : Tidak boleh gemar kepada khilaf dan tidak pandang serong terhadapnya kerana bersatu dan sepakat itu lebih baik daripada khilaf.( lihat Al-Wajiz Fi Usul Fiqh)

Di sini saya bawa sebahagian kitab yang melarang kenduri arwah. sebahagiannya kitab mu'tabar dalam mazhab Syafie :

1) Pengarang kitab Furu' Masail
2) Pengarang kitab Bughyatut tullab
3) Pengarang kitab Sabiilul muhtadin
4) Pengaranag kitab i'anatut taalibin
5) Pengarang kitab hasyatul Qalyubi Wal Umaira
6) Pengarang kitab Mughni Muhtaj
7) Pengarang kitab Bahrul Mazi - syeikh Idris Al Marbawi jld 7 m/s 128
8) Pengarang kitab Fiqh al islami wa adilatih - Dr Wahbah Az zuhaili
9) Fiqhul Minhaji - Dr Mustafa Khin dan Dr Mustafa Bugha
10)Majmu' - Imam Nawawi
11)Tafsir Al Azhar - Pro.Dr Hamka

Ulama' terkenal Malaysia yang membidaahkan kenduri arwah yang saya tahu dan ada diantaranya saya dengar sendiri :

1-T.g. Dato Nik abdul Aziz Nik Mat
2-Pro Dr. Harun Din
3-Ustaz Mohamad Daud Iraqi
4-Ustaz Hashim Jasin
5-Dr Harun Taib
6-Ustaz yahya Othman
7-Maulana Asri yusuf
8-Dr Asri Zainal abidin
9-Ustaz Shamsuri Ahmad (lihat dlm youtube)
10-dll

Kesimpulan : Kita mengetahui masalah ini telah menjadi bala'yang begitu umum. Maka hendaklah kita berhemah didalam menangani masalah ini. Saya faham ramai ustaz2 kita bukan tidak mengetahui perkara ini..cuma kadang2 kita terpaksa menghadirinya demi menjaga perkara yang lebih awla lagi. Namun begitu jangan kita pula yang menganjurkannya sehingga adanya apa yang disebut TAHLIL PERDANA. Dah lah tu ada nilai Ringgit Malaysia roh simati pula tu..Kenapa kita tidak cuba memahamkan masyarakat secara beransur-ansur sebagaimana kita pernah memahamkan masyarakat suatu ketika dulu tentang MANDI SAFAR...???

Friday, August 6, 2010

JUMLAH BILANGAN RAKAAT SOLAT TARAWIH



Alhamdulillah, akhirnya sempurna juga artikel berkenaan dengan solat tarawih ini. Walaupun diuji dengan kesibukkan, namun saya cuba juga untuk memberikan secebis pandangan dan respon terhadap persoalan yang para jamaah bangkitkan. Segala puji dan syukur dikembalikan hanya kepada Allah di atas taufiq dan hidayah yang dianugerahkan-Nya. Moga Allah memberkati kita dengan kedatangan Ramadhan Al Mubarak tidak lama lagi. Semoga para pembaca sekalian beroleh manfaat dari artikel ini dan bacalah dengan sabar. Sebelum itu cuba kita baca kisah ini dengan teliti :
SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasukimasjid, merekasemua diam. “Kenapabergaduh?”Soal Hassan al-Bana dengan lembut. “Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat.” Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna. Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, “Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?”
Di sini jelas, bagi kita menjaga kepentingan Silaturrahim dan Jamaah lebih penting daripada kita berbalah perkara Furu’ yang tidak berkesudahan.
Tidak terdapat perbezaan atau perselisihan di kalangan kaum Muslimin mengenai kedudukan solat tarawih sebagai ibadah sunnah mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Yang menjadi titik perbezaan ialah pada bilangan rakaatnya, apakah 8 atau 20. Namun, perselisihan ini hakikatnya termasuk di dalam masalah furu' (cabang) agama dan bukanlah termasuk dalam perkara aqidah. Tetapi apa yang menyedihkan, perselisihan sering saja dibangkitkan setiap kali tibanya bulan Ramadhan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah kaum Muslimin samada di dalam masjid atau di luarnya dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan samada yang mendakwa itu, Salafi atau Khalaf.
Solat tarawih adalah solat sunat yang ditunaikan oleh kaum muslimin tiap malan di bulan Ramadhan, setelah Isyak dan sebelum solat witr. Rasulullah SAW sendiri menunaikannya dan menganjurkan ummatnya supaya menunaikannya juga. Demikian pula yang dikerjakan oleh sahabat-sahabat baginda dan generasi-generasi berikutnya. Di dalam riwayat yang sahih, Abu Hurairah RA telah berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".[1]
Hadis tersebut secara umumnya menegaskan mengenai pengampunan dosa-dosa kecil bagi sesiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan iman dan ikhlas kerana Allah SWT. Dalam memahami keumuman kalimah ini, Imam Ash-Shaukani mengatakan di dalam ((Nailur Authar)) bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan" sebahagiannya termasuklah solat sunat Tarawih. Beliau memperkuatkan pendapatnya dengan menaqalkan beberapa fatwa para ulama seperti An-Nawawi dan Al-Karmani.[2]
Ibn Qudamah dalam kitabnya ((Al-Mughni)) mengatakan bahawa orang pertama yang menunaikan solat tarawih adalah Rasulullah SAW. Baginda tidak mewajibkannya kepada ummatnya, tetapi hanya menganjurkannya agar ia dikerjakan. Sebuah riwayat daripada Siti Aisyah RA mengatakan bahawa pada suatu malam di bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersolat di masjid. Kemudian banyak orang yang mengikutinya, dan bilangannya bertambah pada malam kedua dan semakin bertambah untuk malam ketiga dan keempat. Namun, pada malam berikutnya beliau tidak lagi keluar bersolat di masjid. Keesokkan harinya beliau memberitahu kepada para sahabat, “Aku melihat apa yang kamu semua lakukan. Tetapi aku tidak lagi keluar bersama kamu ke masjid kerana aku takut kalau nanti ia akan diwajibkan”[3].[4]
Berkait dengan hadis ini, telah berlaku perselisihan di kalangan para ulama mengenai keutamaan mengerjakannya samada ia lebih utama dilakukan secara sendirian ataupun berjamaah. Dalam hal ini, para ulama telah berselisih kepada dua pendapat. Ash-Syafi’ dan jumhur sahabat-sahabatnya, Abu Hanifah, Ahmad dan sebahagian daripada Malikiah berpendapat bahawa ia lebih utama didirikan secara berjamaah.[5] At-Tirmizi juga mengatakan bahawa ia adalah pendapat yang dipegang oleh Ibnul Mubarak dan Ishak.[6] Sedangkan pendapat kedua yang dipegang oleh Malik, Abu Yusuf dan sebahagian Syafi’iyyah pula berpandangan bahawa ia lebih utama didirikan secara sendirian sebagaimana solat-solat sunat yang lain.[7]
Kumpulan pertama bersandarkan pendapat mereka kepada amalan Saidina Umar dan para sahabat yang lain seperti saidina Jabir, Ali dan Abdullah bin Umar[8], serta amalan-amalan berterusan yang dilakukan oleh kaum muslimin di samping menganggapnya sebagai sebahagian daripada syi’ar agama seperti solat hari raya (solatul ‘eid).
Pendapat ini juga disokong dengan kenyataan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah mendirikannya secara berjamaah sebelum baginda meninggalkannya. Imam an-Nawawi mengatakan, “Daripada perilaku nabi SAW itu menunjukkan keharusan mendirikan solat sunat secara berjemaah. Tetapi pandangan yang terpilih ialah, ia sebaiknya dilakukan secara sendirian kecuali bagi solat-solat sunat yang dikhususkan seperti solat sunat al-‘Aid, solat sunat Kusuf (gerhana matahari) dan Istisqa’(minta hujan), begitu juga dengan solat sunat tarawih”.[9] Ash-Shatibi juga telah berkata, “Sesungguhnya solat jemaah yang didirikan oleh Rasulullah SAW di masjid menjadi bukti ke atas kebenaran mendirikan solat sunat secara berjamaah di dalam bulan Ramadhan. Ini adalah kerana, tatkala Rasulullah SAW khuatir para sahabat akan menganggapnya sebagai wajib, lalu baginda menghentikannya(iaitu keluar tarawih berjamaah di masjid) dan ini menjadi bukti bahawa ianya adalah solat sunat. Tindakan yang diambil oleh baginda tersebut bukanlah menunjukkan tegahan secara mutlak (untuk melaksanakan solat sunat secara berjemaah), tetapi kerana waktu itu adalah waktu wahyu masih lagi diturunkan”.[10]
Imam At-Tahawi pula mengambil pendekatan yang lebih ketat dari yang lainnya dengan mengatakan bahawa mendirikannya secara berjamaah adalah wajib al-kifayah. Ertinya, perlu ada segelintir umat Islam yang keluar mendirikannya secara berjamaah agar semua orang tidak menanggung beban dosa jika meninggalkannya. Manakala kumpulan yang menyatakan keutamaan solat sunat dilaksanakan secara sendirian pula bersandarkan pandangan mereka melalui keumuman hadis nabi SAW yang mengatakan, “Sebaik-baik solat ialah solat seseorang di rumahnya melainkan solat fardhu”[11].[12]
Berkenaan dengan bilangan rakaat solat tarawih pula, sebenarnya tidak terdapat dalil yang qat'ie (putus) yang menunjukkan berapakah jumlah sebenar bilangan rakaat tarawih yang dikerjakan oleh baginda SAW, kerana terdapat pelbagai riwayat yang berbeza-beza mengenai bilangan rakaat tersebut. Akan tetapi, riwayat yang masyhur yang menyatakan mengenai bilangan rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah sebanyak sebelas rakaat ataupun tiga belas rakaat. Bilangan ini berdasarkan kepada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang menyatakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Saidatina Aishah RA, "Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan?". Lalu Aishah menjawab, "Baginda tidak menambah pada bulan Ramadhan dan selainnya melebihi sebelas rakaat", dan di dalam riwayat yang lain, “Bahawasanya baginda mendirikan solat sebanyak 13 rakaat, kemudian melaksanakan solat sunat fajr apabila mendengar azan berkumandang”. Bahkan di sana juga terdapat berbagai lagi riwayat tambahan yang menceritakan mengenai bilangan rakaat yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW seperti 8 rakaat, 9 rakaat dan 10 rakaat. Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitabnya ((Sunan At-Tirmizi)), “Dan bilangan rakaat yang paling banyak diriwayatkan daripada nabi SAW pada mendirikan solat malam adalah sebanyak 13 rakaat bersama witir dan yang paling sedikit pula adalah sebanyak 9 rakaat”[13].
Manakala riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW mendirikannya melebihi daripada 11 dan 13 rakaat, ianya tidak terlepas daripada kritikan para ulama. As-Sobuni di dalam ((Subulus Salam)) menyatakan, “Adapun bilangan 20 rakaat yang dilakukan oleh baginda SAW, tiada satupun hadis marfu’ kecuali apa yang diriwayatkan oleh Abdun bin Hamid dan At-Tabrani dari jalan Abi Shaibah Ibrahim bin Uthman daripada Hikam daripada Maqsam daripada Ibn Abbas bahawa, “Sesungguhnya Rasulullah SAW mendirikan sebanyak 20 rakaat dan witir di dalam bulan Ramadhan”. Telah dinyatakan di dalam Subulur Rashad dan Al-Mizzi di dalam Tahzibnya: Abu Shaibah telah ditad’ifkan (dilemahkan) oleh Ahmad, Ibn Mu’in, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, An-Nasa’I, Abu Hatim Ar-Razi, Ibn ‘Adi, Al-Akhwas dan sebahagiannya pula mengatakan bahawa beliau adalah pendusta”.[14]
As-Sobuni berkata lagi, “Ibn Mu’in telah berkata: Abu Shaibah bukan seorang yang boleh dipercayai (thiqat) dan beliau menganggap hadis ini sebahagian dari kemungkarannya. Al-Azra’i juga telah berkata di dalam al-Mutawassid: Adapun riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa baginda SAW mendirikan Tarawih sebanyak 20 rakaat pada 2 malam tersebut adalah mungkar. Az-Zarkashi di dalam Al-Khadim juga telah menyatakan perkara yang sama seperti yang dinyatakan oleh Al-Azra’i dan beliau menambah: Bahkan yang benar di dalam riwayat yang sahih adalah baginda melaksanakannya tanpa dinyatakan berapakah bilangannya, dan yang sahih adalah apa yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban yang menyatakan bahawa baginda melaksanakannya sebanyak 8 rakaat dan witir. Al-Baihaqi dan As-Suyuti juga turut tidak ketinggalan mendha’ifkan hadis yang tersebut”.[15]
Adapun bilangan 20 rakaat yang dikerjakan oleh kebanyakkan kita hari ini sebenarnya merupakan bilangan yang dicadangkan oleh Saidina Umar al-Khattab RA semasa zaman pemerintahannya. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Abdul Qari, beliau mengatakan, “Pada suatu malam di bulan Ramadhan, aku keluar bersama khalifah Umar. Di masjid kami lihat banyak orang solat berkelompok-kelompok dan terpisah-pisah. Ada yang solat sendirian dan ada pula yang mengimami sekelompok jemaah. Melihat keadaan tersebut, lalu Umar berkata, “Aku berpendapat kalau mereka semua dikumpulkan dalam satu jemaah dan diimami oleh seorang imam, tentu ia lebih baik”. Khalifah Umar pun kemudiannya mengumpulkan mereka di dalam satu jemaah, dan diimami oleh Ubai bin Ka’ab. Pada malam berikutnya, aku keluar lagi bersama Umar. Kami melihat mereka lihat mereka solat berjemaah diimami oleh seorang imam. Saat itu Umar pun berkata, “Alangkah besarnya nikmat bid’ah itu”.[16]
Dalam riwayat yang lain yang dikeluarkan oleh Al-Baihaqi yang berasal dari As-Sa’ib bin Yazid, beliau mengatakan, “Pada zaman Khalifah Umar, tiap bulan Ramadhan kaum Muslimin mengerjakan solat tarawih 20 rakaat”.[17] Imam Malik juga telah meriwayatkan daripada Yazid bin Ruman yang mana beliau telah berkata, “Pada zaman Umar bin Khattab, kaum Muslimin mendirikan solat tarawih sebanyak 23 rakaat pada tiap bulan Ramadhan”.[18]
Sebuah athar yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sahih daripada Saib bin Yazid RA katanya, "Mereka mengerjakan pada zaman Umar bin al-Khattab RA pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Mereka mengerjakannya dengan kadar 200 ayat padanya". Athar ini diperakui oleh Al-Hafiz al-Iraqi dan As-Subki.
Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut di dalam Fath al-Bari satu riwayat daripada Abdul Razzaq daripada Muhammad bin Yusuf bahawa bilangan rakaatnya ialah 21 rakaat. Sanad riwayat ini adalah sahih. Walaupun sebahagiannya mempertikaikan Abdul Razzaq, pengarang kitab ((Al-Mushannif Abdul Razzaq)) ini, tetapi Ibn Hajar menegaskan di dalam ((Hadyu As-Sari)) mengenai Abdul Razzaq ini dengan katanya, "Dia adalah salah seorang imam yang dipercayai dan tidak seorangpun yang mempertikaikannya melainkan Abbas bin Abdul Azim Al-Anbari seorang saja".[19]
Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Ibn Abi Mulaikah mengerjakan solat pada bulan Ramadhan 20 rakaat. Sanadnya juga adalah sahih. Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan daripada al-Buhturi bahawa beliau pernah mengerjakan lima kali solat tarawih dengan bilangan 20 rakaat dan melakukan witir sebanyak 3 rakaat.
Terdapat banyak lagi riwayat yang mengatakan bahawa salafussoleh mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Riwayat-riwayat tersebut, walaupun pada sanadnya terdapat kelemahan, ia boleh dikuatkan dan dinaikkan tarafnya ke taraf 'hasan lighairihi' bersama riwayat-riwayat yang telah disebut di atas.[20]
Oleh itu, berdasarkan kepada hadis-hadis ini dan yang lainnya, jumhur ulama seperti Ath-Thauri, Ibnul Mubarak, Abu Hanifah, Imam As-Syafi’i dan Ahmad berpendapat bahawa solat sunat tarawih disunatkan dengan 20 rakaat. Ia juga adalah pendapat Daud Az-Zahiri dan yang lainnya.[21] Justeru itu, Syeikh Muhammad bin Ibrahim ‘Ali As-Syeikh dan Al-Hafiz Ibnul Iraqi telah menyatakan di dalam ((Tharhut Tastrib)) bahawa bilangan rakaat yang dilakukan Umar itu seolah-olah telah menjadi ijma’(consensus) para ulama.[22]
Namun menurut As-Suyuti, sesetengahnya pula tidak menghadkan rakaat tarawih kepada 20 rakaat sahaja. Diriwayatkan daripada Al-Aswad bin Yazid bahawa mereka mendirikan tarawih sebanyak 40 rakaat. Imam Malik pula memilih untuk mengerjakannya sebanyak 36 rakaat berdasarkan kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang di Madinah pada zamannya, kerana ingin menyamai orang-orang Mekah. Pada masa itu, pendudukan Mekah setelah dua kali beristirehat dalam solat tarawih, mereka bertawaf mengelilingi ka’bah sebanyak tujuh kali putaran. Penduduk Madinah pula ingin menggantikan tujuh kali putaran tawaf tersebut dengan empat rakaat solat tarawih.[23]
Akan tetapi, menurut Ibn Abdil Barr dan As-Syafi’i, walaupun penduduk Madinah melaksanakannya sebanyak 39 rakaat, tetapi mereka lebih menyukai 20 rakaat kerana ia berdasarkan riwayat daripada Umar bin Khattab. At-Tarmizi mengatakan di dalam ((Sunan At-Tirmizi)) bahawa As-Syafi’i telah berkata, “Demikianlah apa yang aku saksikan di negeri kami, Mekah di mana penduduknya mendirikan tarawih sebanyak 20 rakaat”[24]. Imam An-Nawawi dalam ((Al-Majmu’)) pula mengatakan, “Menurut mazhab kami, solat tarawih adalah 20 rakaat dengan 10 kali salam selain witr, diselangi lima kali rehat. Masing-masing setelah dua kali salam”.
Setelah dipaparkan pelbagai riwayat dan pandangan para ulama, kita dapati berlakunya kepelbagaian pendapat ini adalah disebabkan oleh tiadanya penetapan yang jelas daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan jumlah sebenar rakaat yang dilakukan oleh baginda nabi SAW. Sepertimana yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnul Iraqi, hadis-hadis yang dikemukakan hanya menceritakan mengenai berapakah bilangan rakaat yang dikerjakan oleh baginda SAW. Oleh itu, Imam As-Suyuti berkata, “Sekiranya terdapat penetapan daripada nas (hadis) mengenai bilangannya, sudah tentu bilangan rakaat tidak boleh ditambah oleh penduduk Madinah”. Beliau kemudiannya mengungkapkan pula kenyataan an-Nawawi di dalam ((al-Majmu’)) yang mengatakan, “Sekiranya di sana terdapat hadis marfu’, pasti ia akan dijadikan sebagai hujjah(dalil yang dipegang)”.[25]
Dalam mengkomentari kepelbagaian riwayat berkenaan dengan bilangan rakaat solat yang dilaksanakan oleh nabi SAW, Al-‘Allamah Al-‘Aini telah berkata, “Telah berbeza hadis-hadis berkenaan dengan bilangan rakaat solat malam yang dilakukan oleh nabi SAW. Di dalam hadis Zaid bin Khalid, Ibn Abbas, Jabir dan Ummu Salamah menetapkan bahawa baginda mendirikannya sebanyak 13 rakaat. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Fadl, Safwan, Ibn Mu’attal, Muawiyah bin Hikam, Ibn Umar pula menyatakan sebanyak 11 rakaat. Riwayat Anas pula sebanyak 8 rakaat, Huzaifah sebanyak 7 rakaat, Ayyub sebanyak 4 rakaat dan rakaat yang paling banyak ialah daripada Ali iaitu sebanyak 16 rakaat”. Setelah menyatakan semua riwayat-riwayat tersebut, beliau menjawab, “Kesemua rakaat-rakaat yang diriwayatkan itu sebenarnya berdasarkan kepada apa yang disaksikan oleh perawi terhadap perbuatan nabi SAW”. Logiknya adalah, Siti Aisyah RA meriwayatkan hadis tersebut berdasarkan kesaksiannya sendiri mengenai solat malam yang dilakukan oleh nabi SAW. Akan tetapi, hadis tersebut tidak mengingkari kemungkinan baginda SAW melakukannya lebih dari 11 rakaat. Ini adalah kerana, Aisyah adalah salah seorang dari isteri-isteri nabi SAW yang berjumlah 9 orang. Maka, apa yang disaksikan oleh beliau bukanlah seluruh solat malam baginda melainkan pada malam-malam gilirannya bersama Rasulullah SAW sahaja.
Dalam masa yang sama, Imam Ahmad juga telah berkata, “Sesungguhnya mendirikan (solat) Ramadhan itu tidak tertakluk kepada rakaat-rakaat tertentu, kerana nabi SAW tidak pernah menentukan bilangannya, di mana banyak dan sikitnya rakaat tersebut adalah bergantung kepada lama dan pendeknya waktu mendirikannya”.[26] Imam Ibn Taimiyyah juga sependapat dengan imamnya dan berkata, “Rasulullah SAW bersolat di dalam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 atau 13 rakaat, tetapi baginda melaksanakannya dalam tempoh waktu yang lama. Maka apabila ia membebankan kaum Muslimin, Ubai bin Ka’ab meringankannya di zaman Umar al-Khattab dengan mendirikan sebanyak 20 rakaat bersama witir selepasnya. Pertambahan bilangan itu dilakukan sebagai ganti kepada lamanya berdiri. Sebahagian salaf mengerjakannya sebanyak 40 rakaat dan kuranglah tempoh lama berdirinya dan dilaksanakan witir selepasnya. Begitu juga sebahagiannya melaksanakannya sebanyak 36 rakaat bersama witir selepasnya”.[27]
Kesimpulannya, inilah sedikit sebanyak penjelasan para ulama yang sempat kami kemukakan. Seperti yang dikatakan oleh Syeikh Abdullah Al-Bassam, kedua-duanya, samada sebanyak 8 rakaat mahupun 20 rakaat adalah sunnah dan bersandarkan kepada dalil. Yang lebih utama di dalam bulan Ramadhan adalah tuntutan untuk menghidupkannya dengan amalan kebaikkan. Saya perhatikan, kebanyakkan masjid-masjid dan surau yang mengerjakan 8 rakaat tidak terus berakhir dengan solat witir tetapi tujuannya adalah bagi mengisi malamnya dengan tazkirah Ramadhan. Berbeza dengan masjid yang memilih 20 rakaat, selalunya tiada pengisian tazkirah diisi pada malamnya untuk para jemaah. Walaupun rakaat 8 itu lebih pendek, tetapi hakikatnya ia seperti solat 20 rakaat kerana ia padat dengan tazkirah ramadhan, tadarus dan sebagainya. Makna kata, tempoh masa yang digunakan untuk menghidupkan malam Ramadhan bagi 8 rakaat sama seperti masjid yang mengerjakan 20 rakaat. Maka dengan sebab itu, janganlah kita bertegang lidah sesama sendiri apatah lagi untuk menjadikannya sebagai punca kepada perpecahan ummat, kerana diantara berselisih dalam perkara furu’ dan menjaga perpaduan, kesatuan ummah adalah perkara usul yang lebih utama dan wajib untuk dipelihara. Saya suka mengambil tauladan daripada kisah Imam Hassan Al-Banna yang pernah ditanya mengenai persoalan ini oleh salah seorang jemaah masjidnya. Jawapan yang diberikan oleh beliau pada ketika itu adalah, “Solat tarawih hukumnya sunnah, manakala kesatuan dan perpaduan sesama kaum Muslimin hukumnya fardhu. Kerana itu, perkara fardhu tidak boleh dikorbankan hanya untuk melakukan perkara sunnah. Andainya mereka masing-masing solat di rumah tanpa bertengkar adalah lebih baik dan sesuai daripada hadir ke masjid untuk bergaduh”. Allah SWT telah berfirman, “Bukanlah kebaikkan itu bahawa kamu menghadapkan wajah-wajah kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebaikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, para malaikat, kitab dan nabi-nabi ..” (al-Baqarah: 177)
Semoga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua. Amiin
Wallahu a'lam.

Disediakan oleh : Abu Ammar Kg. N. Zealand, Maran.
Rujukan :

[1] Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa’i dan Ahmad. Lihat: Nailur Authar, 2/308

[2] Nailur Authar, 2/308

[3] Muttafaq ‘Alaih

[4] Mughni, 2/366

[5] Nailur Authar, 2/309

[6] Sunan At-Tirmizi, 122
`
[7] Nailur Authar, 2/309

[8] Mughni, 2/367

[9] Nailur Authar, 2/309

[10] Al-I’tisam, 1/256

[11] Muttafaq ‘Alaih

[12] Nailur Authar, 2/309

[13] Sunan At-Tirmizi, m.s 133

[14] Subulus Salam, m.s 223 & Al-Masobih fi Solatit Tarawih di dalam Hawi Lil Fataawa, As-Suyuti, m.s 356

[15] Subulus Salam, m.s 223 & Tanwirul Hawalik, m.s 162

[16] No.2010, Lihat: Nailur Authar, 2/312

[17] Mughni, 2/366

[18] Al-Muwattha’, no. 254

[19] Al-Bid’atu Fil Mafhumil Islami Ad-Daqeeq, Dr Abdul Malik As-Sa’di, m.s 191

[20] Ibid, m.s 191

[21] Mughni, 2/366 & Bidayah al-Mujtahid, Ibn Rushd, 1/219

[22] Taudhehul Ahkam, Abdullah Al-Bassam, 2/298

[23] Al-Masobih, As-Suyuti, m.s 356

[24] Sunan At-Tirmizi, m.s 221

[25] Al-Masobih, m.s 356

[26] Taudhehul Ahkam, 2/298

[27] Majmu’ah Al-Fatawa, 12/70

CALENDER