Monday, February 21, 2011

Allahu Akbar..Dr Yusuf Qardhwi memfatwakan halal darah Qaddafi kerana pembunuhan beramai-ramai yang dilakukannya di Libya ketika ini.


Presiden Persatuan ulama Muslim Dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa menghalalkan darah Kolonel Muammar Qaddafi, dan menyerukan kepada tentera Libya agar tidak mematuhi perintahnya untuk menembak para demontrasi.

Al-Qardhawi mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Al Jazeera: "Saya di sini berfatwa, siapapun tentara Libya yang mampu menembakkan peluru kepada Qaddafi untuk membunuhnya dan orang-orang mengurangi kejahatannya maka lakukanlah".

Dr Yusuf Al-Qardhawi mengungkapkan kemarahannya atas apa yang terjadi di Libya, menyatakan bahawa Kolonel Muammar Qaddafi gila dan seorang yang menjijikkan.

Al-Qardhawi menegaskan bahwa tidak boleh mematuhi perintah penguasa yang bertentangan dengan Islam, dan bahawa apa yang Qaddafi perintahkan untuk mengebom kota-kota Libya dengan jet tempur adalah perang dan melakukan kerosakan di bumi dan wajar dihalalkan darahnya dan dibunuh.

Al-Qaradhawi juga mnyatakan bahawa Qaddafi seperti para penguasa lainnya, tidak membaca sejarah, dan jika membacanya mereka tidak memahaminya, dan jika faham mereka tidak mengamalkannya.

....Saya di sini berfatwa, siapapun tentara Libya yang mampu menembakkan peluru kepada Qaddafi untuk membunuhnya....Bunuhlah

Al-Qardhawi menyerukan kepada rakyat Libya untuk meneruskan pertembungan dan perjuangan biarpun berapa harganya serta tidak peduli berapa banyak syuhada.Beliau menekankan bahawa balasan Allah sudah dekat, dan bahawa Allah membalas Qaddafi di dunia dan akhirat kerana ketidakadilannya.

Al-Qardhawi menyeru rakyat Libya untuk tetap "teguh dan sabar dalam menghadapi ketidakadilan". Beliau juga menyeru agar negara-negara Arab memberikan dokongan kepada rakyat Libya dalam kesusahan mereka, sehingga Allah menganugerahkan usaha mereka dengan kemenangan, dan juga menyeru kepada pemuda Mesir dan Tunisia, untuk menyokong teman-teman mereka di Libya.

Al-Qardhawi mendesak pemuda Mesir, yang berniat untuk keluar pada hari Selasa dalam demontrasi jutaan menentang pemerintah Al-Fariq Ahmad Shafik untuk mengubahnya menjadi sebuah demonstrasi memprotes apa yang terjadi terhadap rakyat Libya.

Dia juga mencela diamnya dunia terhadap apa yang terjadi di Libya, mengatakan: "telah terbunuh ratusan dalam beberapa jam dan dunia hanya diam, jika hal ini terjadi di Israel dan Eropah, pasti dunia akan berdiri dan tidak duduk".

Friday, February 11, 2011

MEMAHAMI REVOLUSI DI MESIR, PERANAN IKHWAN DAN KEMANA ARAHNYA


Kenyataan rasmi Ikhwanul Muslimin

إن الإخوان المسلمين “وهم جزء أصيل من الشعب المصري الكريم” يتقدمون بخالص التحية والتقدير لشباب مصر وشعبها الحر في طول البلاد وعرضها على انتفاضهتم السلمية المباركة، وعلى الدور الوطني والأداء المشرف في حماية المؤسسات والممتلكات العامة والخاصة

Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian yang tidak terpisahkan dari rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, juga atas semangat patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.


ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلة

Ikhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala tindakan ini tetap terus diteruskan. Bersama-sama rakyat massa, Ikhwanul Muslimin ingin juga menyampaikan salam hormat kepada tentera Mesir, pengukir mulia sejarah negara. Pastinya mereka (pihak tentera) mempunyai visi strategik dalam menjaga keselamatan Mesir, melindungi kepentingan rakyat dan merealisasikan segala tuntutan saksama mereka.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن ما حدث هو ثورة تلقائية سلمية وطنية ترفض الظلم وتطالب بالحرية والإصلاح الشامل، وأن الذين يقومون بتخريب المحال والاعتداء على الممتلكات العامة والخاصة هم شركاء الجهاز الأمني من البلطجية الذين سبق أن استعان بهم الأمن في قمع الشعب وتزوير إردته في الانتخابات

Ikhwanul Muslimin juga menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh. Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن الشاب الوطني الحر هم الذين تصدوا بأجسادهم لحماية المؤسسات والممتلكات من هذا العدوان الهمجي في ظلِّ غيابٍ كاملٍ لأجهزة الأمن، التي تفرَّغت للبطش بهم، بل وقتلهم، ونسيت مهمتها الأساسية

Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.

ويناشدون شباب الأمةَ الاستمرار في حماية مؤسسات الدولة والممتلكات العامة والخاصة مهما كانت التضحيات

Ikhwanul Muslimin menyeru para pemuda umat untuk tetap terus melindungi institusi negara, harta benda awam dan swasta, walau apa jua pengorbanan yang harus dibayar.

والإخوان المسلمون إذْ يتقدمون بخالص العزاء لأسر الشهداء، ويدعون الله أن يتقبَّلهم في الشهداء، ويمنُّ بالشفاء العاجل على المصابين؛ فإنهم يعلنون أنهم مع هذا الشعب الكريم حتى تتحقق مطالب الشعب الأساسية التي اتفقت عليها جموع الشعب وسائر القوى الوطنية والشعبية، وعلى رأسها

Ikhwanul Muslimin turut memajukan belasungkawa yang tulus kepada keluarga para syuhada’, berdoa kepada Allah agar menerima mereka sebagai syuhada’. Ikhwanul Muslimin juga mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin mengumumkan bahawa kami akan tetap bersama dengan rakyat yang mulia ini sehinggalah tuntutan asasi rakyat yang disepakati oleh pelbagai lapisan massa dan kekuatan nasional tercapai, terutamanya ialah:

1- إلغاء حالة الطوارئ فورًا ودون إبطاء

2- حل مجلسي الشعب والشورى المزورَينِ، والدعوة إلى انتخابات جديدة تحت إشراف قضائي كامل

3- الإفراج الفوري عن جميع المعتقلين والمسجونين السياسيين

4- الإعلان عن تشكيل حكومة وطنية انتقالية من غير الحزب الوطني تتولى إجراء الانتخابات النزيهة ونقل السلطة بشكلٍ سلمي

5- تشكيل لجنة وطنية للتحقيق وتقصي الحقائق في وقائع استخدام العنف والقتل غير المبرر ضد المتظاهرين، والذي تسبب في عشرات القتلى ومئات الجرحى وآلاف المعتقلين

1) Membatalkan keadaan darurat dengan segera tanpa penangguhan.

2) Membubarkan Majlis Rakyat dan Majlis Syura yang dipalsukan, dan menyeru agar pilihanraya baru dijalankan di bawah pengawasan penuh Badan Kehakiman.

3) Membebaskan segera semua tahanan dan banduan politik.

4) Mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan nasional (yang dibentuk bukan daripada kalangan Parti Kebangsaan) untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan perpindahan kuasa secara aman.

5) Membentuk jawatankuasa nasional untuk menyiasat dan menyelidik fakta sebenar berkenaan kejadian penggunaan kekerasan dan pembunuhan tanpa alasan kukuh terhadap para demonstrator, yang menyebabkan puluhan orang terkorban, ratusan tercedera dan ribuan ditahan.

ونحن مصرون على الاستمرار في هذه الانتفاضة السلمية حتى تتحقق مطالب الشعب العادلة كاملةً غير منقوصة قبل أن يحصل ما لا نتمناه لوطننا الحبيب، وقد آن لليل أن ينجلي، وللقيد أن ينكسر.. والله نسأل أن يحفظ مصرنا وشعبها من كل مكروهٍ وسوء

Kami bertekad untuk meneruskan kebangkitan aman ini sehinggalah segala tuntutan rakyat yang saksama tercapai penuh tanpa terkurang, iaitu sebelum sesuatu yang kita tidak ingini berlaku kepada tanah air kita yang tercinta.

Dan telah tiba masanya untuk malam berlalu dan belenggu dipecahkan. Kami memohon kepada Allah agar memelihara negara Mesir kita, dan rakyatnya daripada segala perkara tak diingini dan keburukan.

التوقيع

أ د. محمد بديع

المرشد العام للإخوان المسلمين

القاهرة: 25 من صفر 1432هـ= الموافق 29 من يناير 20011م

===========
Prof. Mohammed Badi’
Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Kaherah: 25 Safar 1432H = 29 Januari 2011M

Para pembangkang Mesir, yang terdiri dari aktivis dunia maya hingga ke golongan Ikhwanul Muslimin yang kuat, bergembira setelah berjaya menurunkan Presiden Hosni Mubarak, Jumaat (11/2/2011). Namun, ke mana arah revolusi ini, masih tetap tidak jelas disaat tentera sekarang mengontrol negara itu.

Tokoh pemimpin o Mesir dan mantan Pengarah Badan Tenaga Atom Internasional (IAEA) Mohamed ElBaradei menyatakan di twitternya setelah Mubarak jatuh bahawa Mesir sebuah "bangsa yang bebas dan besar". "Kami sudah mendapatkan kembali hidup kami," katanya kepada Al-Jazeera. "Pesan saya kepada rakyat Mesir adalah Anda telah mendapatkan kebebasan Anda... Mari kita memanfaatkan hal itu sebaik-baiknya dan semoga Tuhan memberkati Anda, "

Sehari sebelumnya, ketika Mubarak berpidato bahawa dia tidak akan mundur dan hanya menjanjikan adanya perubahan, ElBaradei mengingatkan, Mesir akan "meledak". Mantan diplomat itu, secara jelas ingin turut tersenarai dalam pencalonan presiden jika konstitusi negara diubah, telah menyerukan reformasi demokrasi sejak kembali ke Mesir tahun lalu.

Aktivis dunia maya Wael Ghonim, yang menjadi ikon revolusi Mesir, yang menyerukan aksi protes pada 25 Januari, mengirim pesan di twitter dengan tajuk "Selamat bagi Mesir". "Selamat datang kembali Mesir," tambahnya dalam bahasa Inggris di halaman twitter-nya (www.twitter.com/Ghonim), "Pahlawan sesungguhnya adalah orang muda Mesir di Medan Tahrir dan seluruh rakyat Mesir." Ghonim (30), seorang eksekutif pemasaran regional Google, muncul antara juru bicara setelah dibebaskan pada isnin lalu. Ia dipenjara selama 12 hari di dalam tahanan.

Ikhwanul Muslimin, gerakan pendemontrasi yang paling besar dan paling tersusun di negeri itu, memuji pengunduran diri Mubarak setelah 30 tahun berkuasa. Kelompok itu juga berterima kasih kepada tentera. "Kami memuji rakyat Mesir dalam pertempuran mereka," kata Essam el-Erian, pemimpin senior dan juru bicara Ikhwan kepada AFP. "Kami berterima kasih kepada tentera, yang tetap menjaga janji-janjinya. Kami merayakan kejayaan ini bersama orang-orang Mesir, dan kami akan mengikuti rakyat dalam haluan ini," katanya setelah Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan pengunduran Mubarak.

Ikhwanul Muslimin bersikap low profile selama demonstrasi nasional besar-besaran melanda negara itu. Ikhwanul Muslimin secara rasmi dilarang pergerakannya sejak tahun 1950-an, tetapi jumlah anggotanya tetap mencapai ratusan ribu orang dan mengoperasikan jaringan program sosial serta keagamaan yang luas di seluruh negeri itu.

Setakat ini Ikhwanul Muslimin belum secara jelas menyebarkan visinya bagi negara itu. Di dalam kelompok itu juga ada perpecahan tentang bentuk sebuah negara Islam yang akan diambil. Namun golongan reformis tidak berparti di dalam gerakan revolusi mengatakan, mereka ingin melihat sebuah kondisi negara sivil yang dipandu oleh norma-norma Islam.


Ketua Liga Arab Amr Mussa, yang menjadi ketua kepada liga Arab berakhir dalam dua bulan ini, boleh jadi akan muncul sebagai pemimpin baru di negara kelahirannya, Mesir. Mussa memuji "rakyat Mesir dan tentera atas pencapaian bersejarah mereka" dan mendesak mereka "untuk membangun (sebuah sistem) di Mesir berdasarkan kepentingan nasional".

Di manakah kedudukan Ikhwanul Muslimin nanti didalam kerajaan baru dan bagaimanakah coraknya?

CALENDER