Wednesday, March 9, 2011

PENGAJARAN PERISTIWA TIMUR TENGAH BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA


Semua badan yang bertanggungjawab perlu mengambil pedoman dari kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Dunia pada hari ini sudah berubah di mana zaman penguasa memberi amaran kepada rakyat supaya mengikut telunjuknya sudah berakhir.Zaman kerajaan menjadi penguasa dengan manipulasi penuh sudah berakhir dalam dunia Islam.

Ini zaman suara raya rakyat. Kita perlu hadam bahawa dalam arus ini, rakyat yang memberi amaran kepada penguasa, bukannya penguasa menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan dipenjara, dihadapkan ke mahkamah tanpa bicara.

Beberapa bulan dulu, dunia Islam di Timur Tengah masih di bawah telunjuk diktator-diktator yang telah berkuasa berdekad-dekad lamanya.Sebelum ini tidak ada seorang pun yang berada di dunia ini, hatta mereka yang sering melawat ibu kota-ibu kota Timur Tengah pun, yang dapat menduga bahawa diktator-diktator ini boleh ditumpaskan oleh rakyat mereka dalam masa sesingkat dua bulan sahaja.Kebangkitan juga semakin merebak ke negara-negara islam di Timur Tengah.

Husni Mobarak ada segala-galanya di mana seluruh sistem negara dan kerajaan berada dalam genggamannya, semua bentuk tentangan yang boleh mencabarnya telah dicantas dan aktivis politik yang tidak disukainya dipenjarakan sewenang-wenangnya.Ikhwan muslimin jadi buruan sepanjang masa. Dituduh dengan seribu tuduhan dan fitnah. Saya menyaksikan ketika belajar di sana (Al Azhar) mereka bergerak macam tikus yang berada dalam rumah yang penuh dengan kucing-kucing.Corong-corong televisyen secara berterusan menyiarkan saban hari imej-imej seorang diktator yang harus ditakuti dan diikuti dan menuduh rakyatnya, pihak islamis dan refomis sebagai pengganas dan pengacau.

Mesir diperintah dibawah undang-undang darurat sejak tahun 1967 di mana dalam pilihanraya parlimen 2010 yang berlangsung parti pemerintah menang 95% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.Penipuan secara besar-besaran dilakukan dihadapan mata rakyat.

Makanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangka sebulan selepas itu Hosni Mobarak hilang tampuk pemerintahan dan dalam sekelip mata, Mesir yang ada hari ini adalah Mesir yang cukup berbeza.

Husni Mobarak, isterinya dan keluarga terus menghilangkan diri seperti mana Ben Ali dan isterinya dan keluarga; pada waktu rakyat Mesir bangkit menuntut keadilan dan kebebasan darin kezaliman.

Diktator-diktator yang sekian lama berkuasa ini tenggelam dalam sekelip mata di tengah-tengah gelombang suara rakyat yang tidak boleh dihentikan oleh sesiapa pun.

Persolannya..Apakah Hosni Mobarak tidak menguasai setiap aparatus kerajaan, tentera dan polis? Apakah pengendalian pilihanraya tidak dipesongkan supaya partinya menang besar dalam pilihanraya terbaru?

Apakah Husni Mobarak membenarkan sekelumit ruang pun bagi media melaporkan secara adil dan terbuka?

Namun, apabila suara rakyat sudah menjadi suararaya, semuanya akan tenggelam. Apa yang menarik kemana aparatus kerajaan, dan polis ketika ini, yang selama ini mempertahankan kerajaan Mubarak.. Mereka diburu oleh rakyat.. Lihat dalam youtube apa terjadi kepada mereka..(termasuk pasukan keselamatan). Walau bagaimanapun saya masih optimis bahawa perkara ini tidak terjadi di negara kita JIKA KITA MASIH ADA RUANG DEMOKRASI.Namun tidak mustahil berlaku jika kita melanggarinya.Tulisan ini adalah bertujuan untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan pelajaran daripada apa yang berlaku di sana.

Saya ingin menarik perhatian saudara-saudari dengan satu hadis Nabi SAW :

تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُون مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ
تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ
الخِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ (أحمد



“Muncul babak Kenabian di tengah kalian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul babak Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metode/sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul babak Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul babak Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul babak Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metode/sistem) Kenabian. Kemudian Nabi shollallahu ’alaih wa sallam diam.” (HR Ahmad)

Jadi, berdasarkan hadits di atas, ”Ringkasan Sejarah Ummat Islam di Akhir Zaman” terdiri dari 5 babak atau periode:

Babak I => Kenabian النُّبُوَّةُ

Di babak ini ummat Islam mengalami perjuangan selama 13 tahun sewaktu di Mekkah sebelum hijrah ke Madinah di bawah kepemimpinan orang-orang kafir dan 10 tahun berjuang di Madinah sesudah hijrah dari Mekkah di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW yang memimpin masyarakat langsung di bawah bimbingan Allah melalui Kitabullah Al-Qur’an.

Jadi di babak pertama perjalanan sejarah ummat Islam terjadi dua kondisi yang sangat berbeza. Pada zaman pertama Nabi SAW dan para sahabat mengalami keadaan dimana yang memimpin ialah kaum kafir musyrik. Sehingga generasi awal ummat ini mengalami kekalahan yang menuntut kesabaran luar biasa untuk boleh bertahan menghadapi kejahiliyahan yang berlaku.

Namun pada zaman kedua babak pertama ini, sesudah hijrah ke Madinah, kaum muslimin yang semakin hari semakin kukuh kedudukannya sehingga Allah taqdirkan mereka menikmati kejayaan di tengah masyarakat jazirah Arab. Sehingga kaum musyrik Arab pada masa itu akhirnya harus tunduk kepada kepemimpinan orang-orang beriman.

Babak II => Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metode/sistem) Kenabian
الخِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Di babak ini ummat Islam menikmati 30 tahun kepemimpinan para Khulafa Ar-Rasyidin terdiri dari para sahabat utama iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, Ustman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ’anhum ajma’iin. Sepanjang babak ini boleh dikatakan ummat Islam mengalami masa kejayaan, walaupun sejarah mencatat pada masa kepemimpinan khalifah Ustman dan Ali sudah mulai muncul gejala pergolakan sosial-politik di tengah masyarakat yang mereka pimpin. Namun secara umum boleh dikatakan bahawa orang-orang berimanlah yang memimpin masyarakat. Orang-orang kafir dan musyrikin tidak diberi kesempatan untuk berjaya sedikitpun. Hukum Allah tegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

Babak III=> Raja-raja yang Menggigit مُلْكًا عَاضًّا

Di babak ini umat Islam menikmati selama 13 abad kepemimpinan org2 beriman. Para pemimpin pada masa ini dinamai khalifah. Sistem sosial dan politik yang berlaku disebut Khilafah Islamiyah berdasarkan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Namun mengapa Nabi SAW menyebutnya sebagai babak para raja-raja? Karena bila seorang khalifah wafat maka yang menggantinya mesti anak keturunannya. Demikian seterusnya. Ini berlaku baik pada masa kepemimpinan Daulah Bani Umayyah, Daulah Bani Abbasiyah maupun Kesultanan Usmani Turki.

Walaupun demikian, ummat Islam masih boleh dikatakan mengalami masa kejayaan, kerana para Khalifah di babak ketiga merupakan Raja-raja yang Menggigit, ertinya masih ”menggigit” Al-Qur’an dan As-Sunnah. Tentunya tidak sama baiknya dengan kepemimpinan para Khulafa Ar-Rasyididn sebelumnya yang masih ”menggenggam” Al-Qur’an dan As-Sunnah. Tapi secara umum di babak ketiga ini Hukum Allah tertegak dan hukum jahiliyah buatan manusia tidak berlaku.

Babak IV=> Penguasa yang Memaksakan (diktator) مُلْكًا جَبْرِيَّا

Sesudah berlalunya babak ketiga di tahun 1924, mulailah ummat Islam menjalani babak dimana yang memimpin adalah Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak mereka diikuti. Inilah babak dimana kita hidup dewasa ini. Kita saksikan bahawa para penguasa di era modern memimpin dengan memaksakan kehendak mereka dituruti sambil mengesampingkan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya. Samada disebut republik maupun kerajaan, suatu hal yang pasti ialah semuanya berkuasa tidak dengan mengembalikan urusan kehidupan sosial bermasyarakat dan bernegara kepada hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Manusia dipaksa tunduk kepada sesama manusia dengan memlaksanakan hukum buatan manusia yang penuh keterbatasan dan kepalsuan seraya mengabaikan hukum Allah Yang Maha Adil.

Maka kita boleh simpulkan bahwa babak keempat merupakan babak kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang beriman. Inilah babak yang paling mirip dengan babak pertama dizaman pertama di mana Nabi SAW dan para sahabat berjuang di Mekkah sementara kekuasaan jahiliyah kaum kafir musyrik mendominasi di tengah masyarakat. Ummat Islam sudah menjalani babak keempat ini selama 85 tahun sejak runtuhnya Khilafah Islamiyyah terakhir. Ini merupakan era paling kelam dan gelap dalam sejarah Islam di Akhir zaman. Laa haula wa laa quwwata illa billah.

Babak V => Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metode/sistem) Kenabian
الخِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Walaupun ketika ini umat Islam sedang mengalami kekalahan dan kaum kafir mengalami kejayaan, namun kita wajib optimis dan tidak berputus asa. Kerana dalam hadis ini Nabi SAW mengisyaratkan bahawa sesudah babak kekalahan ummat Islam akan datang babak kejayaan kembali yaitu babak kelima dimana bakal tertegak kembali kepemimpinan org2 beriman dalam bentuk Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metode/sistem) Kenabian.

Saudaraku, pastikan diri kita termasuk ke dalam barisan ummat Islam yang sibuk berusaha dan berjuang untuk menegakkan babak kelima tersebut. Jangan hendaknya kita malah terlibat dalam berbagai program dan aktiviti yang menyokong melestarikan babak keempat atau babak kepemimpinan kaum kuffar di era modern ini. Yakinlah bahwa ada Sunnatu At-Tadaawul (Sunnatullah dalam hal Pergantian Giliran Kepemimpinan). Bila kepemimpinan kaum kuffar dewasa ini terasa begitu hegemonik dan menyakitkan, ingatlah selalu bahwa di dunia ini tidak ada perkara yang abadi. Semua bakal silih berganti.Saya yakin dengan pergolakkan di Timur Tengah ini adalah Mukaddimah yang akan menuju kearah era "Al Mahdiyyin" atau sebagai الخِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Sekian.

ABU AMMAR, MARAN.

No comments:

CALENDER