Tuesday, November 25, 2008

Kenduri arwah bukan masalah khilafiah tetapi bidaah yang dicela


Seorang sahabat bertanya tentang kenduri arwah- menjamu org ramai dari keluarga simati sempena kematian). Saya mengatakan ia adalah bidaah yang tercela berdasarkan fakta berikut :

1- Nabi Muhammad SAW menyuruh sahabat membuat makanan untuk keluarga Jaafar bin Abu Thalib selepas kesyahidannya. Dan Nabi menerangkan sebabnya agar menghilangkan kegusaran dan kesedihan keluarga Jaafar RA. Bukan sebaliknya..kerana bersedekah itu ibadah

2- Di dalam musnad Imam ahmad dan ibnu Majah dari riwayat yang sahih bahawa Jabir Bin Abdillah RA mangatakan bahawa " Kami (sahabat RA)menganggap berhimpun makan dirumah si mati itu adalah sebahagian dari meratap yang dilarang.

Di sini saya bawa sebahagian kitab yang melarang kenduri arwah. sebahagiannya kitab mu'tabar dalam mazhab Syafie :

1) Pengarang kitab Furu' Masail
2) Pengarang kitab Bughyatut tullab
3) Pengarang kitab Sabiilul muhtadin
4) Pengaranag kitab i'anatut taalibin
5) Pengarang kitab hasyatul Qalyubi Wal Umaira
6) Pengarang kitab Mughni Muhtaj
7) Pengarang kitab Bahrul Mazi - syeikh Idris Al Marbawi jld 7 m/s 128
8) Pengarang kitab Fiqh al islami wa adilatih - Dr Wahbah Az zuhaili
9) Fiqhul Minhaji - Dr Mustafa Khin dan Dr Mustafa Bugha
10)Majmu' - Imam Nawawi
11)Tafsir Al Azhar - Pro.Dr Hamka

Ulama' terkenal Malaysia yang membidaahkan kenduri arwah yang saya tahu dan ada diantaranya saya dengar sendiri :

1-T.g. Dato Nik abdul Aziz Nik Mat
2-Pro Dr. Harun Din
3-Ustaz Mohamad Daud Iraqi
4-Ustaz Hashim Jasin
5-Dr Harun Taib
6-Ustaz yahya Othman
7-Maulana Asri yusuf
8-Dr Asri Zainal abidin
9-Ustaz Shamsuri Ahmad (lihat dlm youtube)
10-dll

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum

Email: HNizam_6@hotmail.com

Tuan, saya bersetuju dengan pendapat tuan yang mengatakan bahawa kenduri arwah ini bid'ah berpunca kerana ketidakfahaman tentang konsep sebenar kenduri arwah tersebut di kalangan masyarakat melayu yang saya kira terlalu ingin melakukan kebaikan dengan tidak merujuk kepada nas.Ianya pada ijtihad sya berdasarkan hadith Ja'far, adalah merupakan tanggungjawab masyarakat membawa makanan kepada keluarga simati. Tetapi keadaan ini tidak berlaku pada hari ini, bahkan keaadan bertambah buruk lagi apabila masyarakat tidak menunjukkan keperihatinan sekiranya tidak diberitahu, diundang dsb. Maknanya kita sendiri sebagai masyarakat tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi SAW. dan kesalahan tuan rumah pula ialah meyediakan makanan. Maknanya kesalahan ini sebenarnya berpunca daripada kedua-dua pihak. Masyarakat jahil, dan penceramah yang pandai bercakap hanya mampu mengkritik tanpa menyedari dirinya sendiri tidak juga melakukan suruhan nabi seperti mana yang terdapat dalam hadith Ja'far tersebut. Pada fikiran saya yang daif ini keadaan ini boleh diubah dengan memperbetulkan mana yang tidak betul dan memahami konsep kenduri arwah dalam konteks hadith Ja'faryang sebenar agar ia tidak lagi dianggap bid'ah. Berkongsi kesedihan dan mendoakan sesama muslim sama ada yang masih hidup atau tidak adalah dituntut dalam agama, jamuan makan bukanlah matlamat utama. Kalau tak de jamuan makan pun tak pe kerana bukanlah itu matlamatnya...semangat ukhuwwah adalah lebih utama...jadi saya berpendapat kenduri arwah di kalangan masyarakat melayu adalah merupakan suatu urf yang baik sekiranya ianya dilaksanakan seperti hadith Ja'far tersebut. Janganlah kita asyik mencari kesalahan tetapi cubalah untuk memperbetulkan kesalahan tersebut dengan cara hikmah. terima kasih dan saya mohon komen tuan.

CALENDER